Sunday, June 13, 2010

Cuti yang terasa panjang.....



Assalamualaikum w.b.t....

Kali terakhir aku menulis di blog ini adalah pada akhir Februari lepas...
Mac, April, Mei, dan...Jun....dah 4 bulan rupanya, aku tak menghiraukan pengisian blog aku ni...

Aduhhh.....terasa penat bila melihat tulisan yang tak dikemaskini....

Sepanjang 3 bulan lebih tidak menulis, terlalu banyak perkara yang berlaku..yang paling ironi, mestilah tentang latihan praktikum aku selama 12 minggu di SMK Seksyen 9, Shah Alam.

Macam-macam pengalaman yang aku lalui sepanjang berada di sekolah tu. Daripada menguruskan kes-kes kaunseling, disiplin pelajar, hinggalah kepada kes yang menggemparkan negara...ya, tentulah tentang kes kematian pelajar sekolah aku praktikal ni, Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak oleh pihak polis, akhir April yang lalu....memang tragis peristiwa tu dan aku pula berada di sekolah berkenaan pada masa kejadian...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham....amin

Ape lagi peristiwa yang aku lalui? Hmm...teringat pula pada minggu-minggu akhir praktikum, bilik kaunseling yang selesa di sekolah tu, mengalami pengubahsuaian dan penambahbaikan.. huhu... Bukan ape, yang menjadi agak perit sedikit, aku terpaksa membuat sesi bersama klien dalam keadaan bising akibat dinding batu di grill dan dipecahkan untuk kerja-kerja penambahbaikan...boleh bayangkan bunyi bising tu macam mana? Bergegar kepala otak ni...dah la masa tu penyelia sedang menyelia sesi akhir aku...wah...azab!

Dalam keadaan bilik yang tengah berserabut, aku terpaksa berpindah ke bilik guru kerana banyak persiapan perlu dilakukan untuk penyeliaan kaedah mengajar. Kesian pula bila melihat guru-guru kaunselor yang lain bertungkus lumus mengemas dan mengalihkan rekod sulit pelajar ke bilik sementara. Tapi, aku sendiri perlu lengkapkan tugasan praktikum yang menuntut markah sepenuhnya daripada penilaian subjektif...

Program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling juga aku harungi dengan jayanya. Menjadi pembantu kepada Kak Rosilawati dan Kak Lahazmani...banyak pengalaman yang ditimba...penat, tapi berbaloi....Alhamdulillah

Kisah accident? Ada la jugak....

Yang paling tragis? Rumah sewa aku bersama kakak dan kawan-kawan yang lain, dipecah masuk oleh pencuri. Dan peristiwa tu pula berlaku pada tarikh hari lahir mama, 7 April 2010. Dalam kesungguhan aku sedang membuat sesi, satu SMS telah mengganggu tumpuan aku. Seluruh tubuhku menggeletar apabila kawan serumah memberitahu bahawa keadaan bilik dan rumah dalam keadaan mencurigakan. Ada barang yang hilang!

Aku seperti orang yang hilang arah, terus dibawa pulang ke rumah oleh teman se-praktikum aku, Kak Yusmaliah. Setiba di rumah, aku terus berlari ke tingkat atas, yang menempatkan ketiga-tiga bilik tidur rumah. Laptop aku hilang!

Begitu juga dengan laptop rakan serumah, Lia dan Fiza, turut hilang! Tiada kata yang terungkap. Tiada air mata yang mengalir...aku terduduk sebentar di atas katil..memikirkan apa yang patut dilakukan. Kaki aku pantas menuruni anak tangga, dan keluar ke halaman rumah. Aku mula memanggil jiran lelaki-lelaki bujang di sebelah rumah. Aku menyoal mereka sama ada mereka ada melihat pergerakan orang mencurigakan di sekitar rumah aku. Semua jawapan hampa!

Dalam kebuntuan, aku terus menelefon kakak aku yang sedang bekerja di KL. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Setelah menerangkan apa yang berlaku, kakak aku bergegas pulang ke Shah Alam daripada office beliau di Jalan Tun Razak, KL. Aku terus menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Setelah bergelut dengan talian komunikasi yang teruk, akhirnya dua buah kereta peronda tiba di rumah aku selepas 40 minit...

Tak banyak perkara yang pihak polis dapat lakukan, melainkan dengan mengambil keterangan daripada rakan serumah dan aku sebagai pelapor. Penat menguruskan hal-hal bersangkut-paut dengan polis ni sampailah ke petang...hmm...harapan tinggal harapan aje..nak jumpa semula laptop tu, ntah la...mesti la penyangak tu dah larikan laptop aku dan rakan-rakan jauh dari situ...dari Shah Alam....

Itu kisah hilang laptop....kisah ni plak berkaitan dengan kemalangan motor...sedang aku menikmati minggu ke-11 praktikum, aku yang menunggang skuter Elit ku balik dari sekolah, telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta. Kejadian tu plak, berlaku di kawasan Bulatan Bestari, berhampiran dengan pagar utama UiTM Shah Alam...

Kemalangan tu tak mencederakan aku pada luaran fizikal. Tapi, skuter aku habis rosak di bahagian belakang akibat dilanggar dengan agak kuat oleh kereta tersebut. Aku mengamuk pada driver kereta tersebut. Setelah mengetahui bahawa driver tersebut adalah orang Indon, aku terus mengugut beliau untuk melaporkan kejadian tersebut pada pihak polis jika dia tidak mahu membayar gantu rugi kerosakan skuter aku tu. Driver yang ketakutan tu terus bersetuju untuk ke bengkel motor pada waktu itu juga memandang beliau takut untuk menghadapi tindakan undang-undang, tambahan pula beliau tiada lesen memandu....memang kau kena la kali ni Mat Indon!

Setelah menunggu kawan-kawan kakak aku datang ke bengkel untuk membuat runding harga, akhirnya mekanik membuat anggaran harga kerosakan dan Mat Indon tersebut membayar jumlah ganti rugi. Walaupun tidak mencecah ratusan ringgit, tapi ia pasti akan menjadi pengajaran paling berguna pada Mat Indon tersebut supaya lebih berhati-hati memandu...haha...(adakah aku menyokong orang asing yang tiada lesen, memandu di jalanraya??.....ntah ler.....)

Selepas trauma dengan kejadian, kakak aku membawa pulang aku ke rumah...skuter, dah siap repair petang tu jugak! Alhamdulillah....

Sewaktu mandi masa Maghrib, tiba-tiba dada aku merasakan suatu tekanan yang amat menyakitkan dan menyesakkan dada. Lepas solat, aku seperti tidak mampu lagi untuk bernafas dengan betul. Kakak aku yang kebimbangan, terus membawa aku ke klinik swasta yang berhampiran....

Setelah memberi penerangan pada doktor tentang kemalangan petang tadi, aku menerangkan bahawa dada aku terhentak dengan kuat pada panel papan litar meter skuter aku...pada waktu kejadian, aku tidak merasakan apa-apa kesakitan...tetapi, selepas beberapa jam kejadian, kesakitan tu mula terasa. Doktor terus mengambil langkah membuat pemeriksaan, ECG dan X-Ray untuk melihat sekiranya ada tulang rusuk aku yang patah...

Setalah lebih sejam diperiksa, doktor mengesahkan keadaan aku stabil dan tiada tulang yang patah..kesan hentakan tersebut akan hilang dalam masa 2-3 hari...Alhamdulillah...

Mama yang bimbang dengan keadaan aku, terus ke Shah Alam pada malam itu juga...kesian pula pada mama, datang dari jauh...tapi, itulah yang dikatakan kasih seorang ibu pada anak....

Dalam kesibukan aku nak menghabiskan tempoh praktikum aku ni, aku juga dikejutkan dengan berita kematian seseorang yang aku sayangi....Tok Teh Jah....dia ibarat nenek aku yang kedua selepas kematian nenek kandung aku 10 tahun yang lalu. Selepas nenek kandung aku meninggal, Tok Teh la yang menjadi nenek kepada kami...kalau hari raya, memang akan pergi ke rumah Tok Teh, nak beraya bersama....

Tok Teh meninggal akibat penyakit kanser pankreas yang telah dihidapi selama 2 tahun...tapi, Alhamdulillah...2 bulan sebelum pemergian Tok Teh, kedua-dua anak Tok Teh, abg Fazli dan Kak Farah, telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan masing-masing....tercapai juga hasrat Tok Teh nak tengok semua anak-anak beliau menikah sebelum beliau menutup mata...cumanya, sewaktu pemergian Tok Teh, salah sorang anak Tok Teh tak dapat balik kerana bekerja di Madinah....mesti abg Nazir terkilan tak dapat tengok jenazah Allahyarham Tok Teh....walau apapun, kami semua mendoakan semoga roh Allahyarham Tok Teh dicucuri rahmat dari-Nya...amin.....

Pengalaman lain yang best?? Hari Guru di sekolah la.....

Tak sangka, akhirnya aku dapat juga merasa diraikan sebagai guru, walaupun cuma guru praktikum di sekolah tersebut....sambutannya biasa sahaja, tapi meriah....acara kemuncak di dewan adalah tarian daripada guru-guru praktikum dan beberapa orang guru senior. Mereka menarikan tarian pelbagai yang telah memukau dewan menjadi gamat....huhu...tahniah pada guru-guru praktikum perempuan yang bersemangat berlatih tarian tersebut...maafla, tak dapat join korang semua, sebab aku sangat sibuk menguruskan penyediaan latihan mengajar dan melengkapkan jam kontak sesi kaunseling pada minggu akhir tersebut....ape pun, persembahan korang memang best!

Banyak sangat pengalaman, kenangan, pengajaran yang aku dapat masa praktikum tu....dan terlalu sibuk, sampai takde masa nak update blog sendiri....walau ape pun, aku bersyukur sangat sebab dapat harungi tempoh 3 bulan tersebut dengan jayanya...

Kini, aku sedang bercuti di kampung halaman...merehatkan minda, merehatkan diri daripada segala masalah yang telah aku hadapi dulu....kerana lepas ni, aku akan tempuhi satu lagi alam kehidupan yang lain...sama ada akan masih bergelar sebagai mahasiswa, atau sebagai seorang guru kaunselor di sekolah....:)

Wallahualam....