Tuesday, December 4, 2012

Bersabarkah Kita?


Assalamualaikum wbt.

Semalam, usai solat maghrib, dengan pantas aku mengajak mama ke wad kecemasan Hospital Kemaman.

Kesakitan yang aku tanggung ini makin terasa pelik.

Dan apabila doktor mula lakukan pemeriksaan, berbagai soalan tentang sejarah keluarga yang mungkin ada penyakit hampir serupa dengan apa yang aku alami. 
Aku menjawab, "mungkin tiada"....

Di pengakhirannya, doktor menyuruh aku datang semula pada minggu depan untuk berjumpa doktor pakar.

Hurmmmmmmm......... hanya keluhan panjang yang terzahir semalam...


Dalam fikiran sekarang, nak beralih ke hospital swasta aje untuk segerakan pemeriksaan dan lakukan apa yang boleh sebelum penyakit ini berakar dan melarat...

Bersabarkah aku dengan segala kemungkinan ini?

Ya Allah.... Ya Allah... Ya Allah....


*speechless*


Wednesday, October 31, 2012

Keep The Faith



Ya Allah, aku mencintaiMu.

Ya Allah, aku mencintai RasulMu

Ya Allah, aku mencintai ibu bapaku

Ya Allah, aku mencintai ahli keluargaku

Ya Allah, aku mencintai rakan taulanku

Ya Allah, peliharalah mereka yang kusayangi

Ya Allah, teruslah beri hidayah kepada mereka yang kusayangi..

Kekalkanlah keimananku kepadaMu Ya Allah




Tuesday, October 2, 2012

Blur




Blur..

Kabur..

Kadang-kadang diriku rasa 'lost' bila nak lakukan sesuatu kerja..

Adakah kerana salah satu sunnah itu belum aku sempurnakan dan jalankan?

Bukan aku tidak mahu, tapi belum nampak di mana jalan yang Allah SWT ingin berikan penyelesaian...

Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa...

Mudah-mudahan ada yang terbaik buat diriku....

Jika menangis, biarlah tiada siapa yang tahu...

Rintihanku hanya padaNya...

Thursday, July 5, 2012

Qhitbah

Assalamualaikum wbt....

Dulu, masa aku seronok menonton filem Ketika Cinta Bertasbih, ada perkataan 'qhitbah' ini dituturkan oleh pelakonnya...

Qhitbah, lebih kurang maksudnya, suatu perbuatan 'menanda' atau 'booking'. Qhitbah ke atas seorang wanita. Cubaan untuk masuk meminang untuk dijadikan isteri... mungkin itu yang paling hampir maksudnya...

Alhamdulillah, jika benar, aku pun sudah di qhitbah oleh seorang Muslimin baru-baru ini...

Segalanya masih dalam perancangan...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan jodohku ini...

Hanya kepadaMu tempat aku bergantung dan berharap...



Sunday, June 24, 2012

I'm Moving


Assalamualaikum...

Entah bila kali terakhir aku update blog ni....hmm..



Dah lebih 3 bulan aku berpindah ke KKTM Kemaman.. Kembali ke tanah air sendiri untuk menabur bakti kepada anak watan tempatan, dan umumnya, buat anak Melayu...

Syukur, Alhamdulillah.. kehidupan di sini tenang disamping ahli keluarga semuanya..

Kerja di office? Best... rakan-rakan sekerja yang baru pun best...bilik kaunseling pun aku dah hias cantik-cantik... moga-moga dapat memberi manfaat kepada warga KKTM Kemaman ni....

Bila duduk di sini, kata-kata hikmat untuk diriku makin kerap digunakan.

'Strength is built, not being obtained'

Mudah-mudahan segala pekerjaan yang dilakukan, penuh dengan ketekunan dan bukannya mengharap ia terjadi dengan sendiri. InsyaAllah.




Monday, February 6, 2012

Dah Februari...

Hari ni, cuti ganti sempena sambutan Maulidar Rasul semalam... 

Allahu Rabbi, aku masih tabah duduk di penthouse ni dan siapkan laporan-laporan yang tertunggak lama dari tahun lepas... 

Semalam, teringat satu lagu...puas mencari, tapi akhirnya jumpa... 

Mari, layannzzzz.....


Friday, November 11, 2011

11 November 2011

Assalamualaikum wbt...

Hari ni bertarikh 11.11.11..... Ramai yang duk perkatakan tentang tarikh yang cantik macam hari ni.... jatuh pula pada hari Jumaat yang mulia... Apa ada pada sebuah tarikh yang dikatakan istimewa ni? Bagiku, tiada apa-apa yang istimewa sementelahan ianya tiada dalam dalil mahupun sunnah Rasulullah tentang tarikh yang dianggap istimewa ini...

Cumanya, hari ni ramai dikalangan kita meraikan perkahwinan sempena tarikh ini mungkin sebab mudah diingati atau ianya mengambil berkat hari Jumaat, itu yang lebih utama sebenarnya...

Apa pun yang dikerjakan oleh kita sama ada di hari Jumaat ataupun di hari-hari lain, mudah-mudahan segala amalan kita itu diterima oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dengan amalan yang kita kerjakan....Amin.



By the way, tahniah kepada rakan-rakanku yang telah selamat bernikah pada hari ini dan tahniah juga kepada insan-insan yang telah bergelar sebagai ibu atau bapa dengan menimang cahaya mata baru pada hari ini...


Moga hidup kita terus barakah pada hari- hari yang mendatang....
InsyaAllah... :)