Tuesday, December 15, 2009

Post-traumatic


Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni dah 15 haribulan...rasanya kejap je cuti..dah nak abis sebelum aku pulang ke UPM minggu depan...

Semalam, aku mengikut parents aku ke rumah seorang ustaz untuk berubat keadaan diriku ini...
Dah 4 bulan berlalu selepas aku mengalami peristiwa yang menakutkan dalam hidup... Semuanya berlaku begitu pantas dan aku tak pasti sama ada ianya benar-benar berlaku pada diriku ini... Semuanya angkara perbuatan pukau...ya..pukau..satu perkara yang pelik, tapi benar dan wujud dalam masyarakat dan hal-hal berkaitan ghaib ini ada diterangkan di dalam Al-Quran...

Peristiwa yang berlaku pada diriku ini bukanlah sesuatu yang jarang didengari, namun bagi yang pernah merasa terkena pukau itu, pasti tak mampu menghadapi perasaan cemas yang melampau... Kini, kesan itu masih wujud pada diriku.. Walaupun sudah 4 bulan berlalu, aku masih risau untuk berjalan seorang diri ke mana-mana tempat yang dipenuhi oleh orang awam yang tidak aku kenali...

Kejadian itu berlaku sewaktu aku sedang berada di dalam komuter dari stesen Serdang menuju ke Kuala Lumpur dalam awal bulan Ogos....tren penuh sesak waktu tengahari Jumaat itu...kebetulan gerabak tengah yang aku naiki itu mengalami kerosakan air-cond, menyebabkan semua penumpang mengeluh, berpeluh-peluh dan sesak nafas...kali terakhir aku sempat melihat ke luar tingkap gerabak sebelum ingatan aku hilang dalam keadaan aku berjaga di tengah orang ramai begitu...

Fikiran aku melayang-layang...entah di mana aku berada sekarang...sehinggalah suatu ketika aku terasa ingin ke tandas... Aku mundar-mandir di suatu kawasan sebelum bertemu dengan arah ke sebuah tandas...masuk je ke dalam kawasan tandas, ku lihat ramai betul orang sedang beratur menunggu giliran masuk ke tandas... Aku bergerak ke arah sinki untuk membasuh muka yang ku rasakan berdebu...

Sebaik sahaja air menyinggap ke muka, aku rasakan seperti baru bangun dari tidur yang lena.. Walhal aku sedang berdiri dan berjaga... Ya Allah!! Kat mana aku ni?? Aku memandang sekeliling... Ini tandas awam di Hentian Bas Putra!! Apa aku buat kat sini?? Semua soalan, pertanyaan dan segala perasaan bercampur baur....aku mula hilang arah....kakiku cepat melangkah keluar dari tandas tersebut dan aku berlari menuruni tangga di belakang tandas....

Aku terduduk di situ dan mula menangis...perasaan aku keliru..aku cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku dan bagaimana aku boleh sampai ke Hentian Putra ini... tubuhku rasa lemah longlai dan kepala aku bingung... Pipiku terasa sakit dan sengal... Aku mula memeriksa semua barang di dalam beg aku...handphone ada, baju ada, purse ada...aku buka purse..nah..duit semuanya lesap....cuma tinggal wang kertas RM1 di dalamnya.... Tanganku menggeletar....terus ku capai handphone dan ku lihat ada berpuluh-puluh miscall dan mesej dari nombor abah, mama dan kakak aku.... Tanpa berlengah, aku segera menghubungi kakak aku...terdengar suaranya di hujung talian mula memarahi aku kerana tidak menjawab panggilannya sejak beberapa jam yang lalu.... Aku tidak mampu berkata apa-apa...hanya tangisan aku makin lebat...kakak aku mula panik dan bertanya aku di mana...dengan daya upaya aku yang masih ada, aku bercakap tersekat-sekat di mana aku berada...kakak aku berpesan supaya aku jangan bergerak ke mana-mana dan tunggu dia sehingga dia datang kepada aku...

Dalam 15 minit kemudian, handphone aku berdering semula dan kakak aku mula bertanya aku berada di mana...saat aku bertemu dengan kakak, cepat-cepat dia mendapatkan aku dan memimpin tanganku ke arah kereta Abe (pakwe kakak aku)... Masuk sahaja dalam kereta, kakak aku mula bertanya itu dan ini dan dia mencadangkan aku supaya membuat laporan polis... Jalan di KL dalm jam 6 petang itu memang terlalu sibuk..semua orang nak balik ke rumah...kakak aku tidak dapat memikirkan lokasi balai polis paling hampir di sekitar hentian tersebut...puas dia call rakan sepejabat bertanyakan lokasi balai polis, tapi semuanya tidak tahu...Akhirnya, Abe segera memecut kereta balik ke Shah Alam melalui NKVE dan plan untuk membuat laporan polis di IPD Shah Alam Seksyen 11...

Aku terpana, diam...tidak berkata apa-apa sepanjang jalan balik ke Shah Alam...fikiran aku melayang, cuba mengingati semula peristiwa genting tadi..tapi semuanya kabur... Abah dan mama call..aku tak mampu untuk bercakap.. Mak su aku call, pun aku tak mampu bercakap apa-apa... Mak su aku mendesak kakak aku supaya medical check up segera dibuat pada diriku... Mak su aku risau jika ada apa-apa yang berlaku ke atas diriku... Kakak aku cuba bertanya pada diriku sama ada aku ingat atau tidak jika diriku ada diapa-apakan... Ya Allah... Alhamdulillah..aku selamat....

Selepas membuat laporan polis, kakak membawa aku makan, dan terus menghantar aku ke rumah Kak Zi kat seksyen 16...katanya, lebih selamat aku berada di rumah Kak Zi buat malam itu...aku akur saja....

Selepas peristiwa itu, aku mula rasakan kesannya... Aku tidak dapat berhadapan dengan orang ramai di tempat awam tanpa ditemani oleh kawan-kawan aku.... Dan ada satu keadaan atau simptom yang membuatkan aku terpaksa dikejarkan ke hospital sewaktu bulan Ramadhan lepas...aku tiba-tiba pengsan dan badan aku kaku sejuk seperti ais, terbaring di dalam bilik hostel....rakan-rakan menjadi panik dan dan terus menghubungi ambulans...disebabkan itu, doktor mula menjalankan beberapa ujian pada diriku..bimbang ada simptom serangan jantung mengejut...

Hingga kini, doktor masih tidak dapat mendignosis keadaan aku yang sebenar..tapi, dari ujian awal, mungkin ada kaitan dengan tekanan emosi atau post-traumatic yang aku alami dari peristiwa yang berlaku pada aku...

Bila aku pulang ke kampung, parents aku cuba membawa aku berubat kampung..bertemu dengan ustaz yang mungkin boleh mengatasi masalah trauma yang aku alami ini... Alhamdulillah... kesannya sudah boleh dirasakan... Namun begitu, aku kena rajin mengamalkan apa yang diajar oleh ustaz tersebut... Kena tingkatkan amalan zikir, baca Al-Quran....

Dalam minggu ini sebelumm aku pulang semula ke UPM, satu sesi berubat perlu aku jalani lagi sebelum aku benar-benar pulih dari keadaan trauma aku ini...

Buat parents dan ahli keluargaku, aku sayang kamu semua.. Terima kasih kerana telah banyak memberi sokongan pada diriku ini.. Buat kawan-kawan di UPM, terima kasih juga kerana memahami keadaan diri ini...dan terima kasih kerana banyak membantu dalam urusan seharianku...terima kasih...

Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini menerima ujian Mu ini... Semoga aku terus istiqamah dalam memperbaiki kesihatan aku ini supaya aku tidak lalai dalam terus mengingatiMu dan terus beribadah kepadaMu ya Allah.... Amin...

Wallahualam....

Thursday, December 3, 2009

Satu Rasa Dua Hati



Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni masih hujan...sejak hampir seminggu yang lepas... Gelombang kedua hujan dan banjir di kawasan Pantai Timur. Tapi alhamdulillah..rumah aku tak dinaiki air setakat ni... Bila dah hujan macam ni, banyak aktiviti tergendala..nak jemur baju kat luar rumah pun tak dapat. Nak tunggang motor pusing-pusing kampung pun tak dapat..kerja projek abah pun tertangguh sebab hujan camni..

Walaupun begitu, aku masih ada kerja perlu dibereskan dalam rumah sendiri..masak, kemas rumah, layan adik-adik..that's my routine..

Emm..kembali pada matlamat penulisan hari ni. Tajuk di atas sebenarnya, aku ambil sempena sebuah buku yang aku telah baca baru-baru ni..buku tersebut aku dah beli masa bulan Ramadhan lepas ketika selesai menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Tapi hanya dapat concentrate baca lepas aku habis final exam baru-baru ni..

Tajuk buku tu pun dah melambangkan seolah-olah ia sebuah buku genre cinta..ya..memang sebuah buku berbentuk cinta. Tapi bukanlah sebuah novel cinta yang berbunga-bunga ayatnya.. Buku ini sebenarnya berkisar tentang petua untuk bercinta di alam perkahwinan dan cara untuk mengekalkan cinta sesudah berkahwin, insyaAllah cinta sampai ke akhir hayat dan terus ke syurga..pandai betul Ustaz Pahrol Mohd Juoi ni menulis isi kandungan buku ni. Gaya penulisannya bersahaja, tapi menusuk ke jiwa...

Sebenarnya aku belum berkahwin, tapi suka membaca pelbagai bahan yang menyentuh hal kehidupan, terutamanya hal perkahwinan, cinta, pengorbanan dan segalanya berkaitan dengan norma kehidupan seorang insan..

Apa yang bagusnya kandungan buku ni? Emm...lepas dah baca kali kedua buku ni, apa yang dapat disimpulkan adalah, sikap saling memahami suami isteri itu punca rumah tangga bahagia...salah satu ayat yang aku suka dalam buku ni, jika dapat dipetik sedikit, "siapa yang lebih cinta, dia akan lebih banyak memberi.." Menarik ayat ni sampaikan aku berfikir macam-macam.. Yelah, patut la ada kata-kata anak muda sejak dulu sampai sekarang yang popular.."kerana cinta, aku sanggup serahkan jiwa dan raga, relaku korbankan segalanya" Fuhhh...dahsyat la ayat camtu...

Tapi dalam konteks yang cuba dikupas oleh Ustaz Pahrol ni, adalah cinta dalam perkahwinan, yang sah dan halal antara suami isteri..kerana perkahwinan selalunya dimulakan dengan cinta, tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab...hurmm..kalau nak tahu lagi apa yang menarik tentang buku ni, kena la baca sendiri..kerana hayunan gaya bahasa yang telah aku baca, takkan sama dialami oleh pembaca lain...cari la buku ni di kedai buku berhampiran..pasti ada..

Sebenarnya, apa yang menyebabkan aku terpanggil untuk menyemak kembali buku ini untuk kali ketiga, adalah disebabkan oleh chatting dengan habib semalam..kawan dia ada bertanya tentang bagaimana nak elakkan kebosanan dalam sesuatu perhubungan? Aku ambil masa juga nak jawab soalan tu..ye la, aku ni kurang pengalaman nak handle masalah tentang emosi perasaan ni..lebih-lebih lagi pasangan yang dah berumah tangga..adoiii....lantas, tanpa berfikir panjang, aku suggest pada kawannya tu buku Ustaz Pahrol ni..harap-harap dia baca la...insyaAllah...

Emm..pada pandangan aku sendiri, bila satu pasangan tu telah mencapai satu tahap di mana mereka dah bosan dengan pasangan masing-masing, memang ada masalah sebenarnya antara mereka... Mungkin masalah komunikasi, penampilan pasangan, masalah beban kerja, masalah anak-anak...atau lebih jauh lagi, mungkin ada pihak ketiga yang cuba masuk dalam kehidupan pasangan tersebut...mana-mana faktor pun boleh menjadi penyebab kepada rasan bosan yang wujud..

Jika masalah komunikasi, maka hendaklah diperbaiki semula gaya dan pola komunikasi tersebut antara pasangan. Mungkin setelah sekian lama bersama, anda sudah merasakan bahawa anda cukup mengenali diri pasangan masing-masing..anda tahu apa perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan anda, sehinggakan anda sudah tidak tahu apa yang hendak dibualkan bersama pasangan..hal ini merupakan satu kesilapan yang perlu dipandang serius oleh pasangan kekasih atau suami isteri...

Aku teringat dalam salah satu siri ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..katanya, "salah satu cara untuk kita mengekalkan rasa cinta dan kasih kepada pasangan, adalah dengan cara menganggap mereka adalah orang baru setiap hari.." Bagaimana caranya? "mulakan perbualan setiap hari dengan cara berkenalan dengan pasangan seolah-olah anda tidak pernah bertemu dengannya, dan sebelum keluar dari rumah, peluk la pasangan anda selama 5 minit (hanya boleh dicuba oleh pasangan suami isteri saja tau!!), untuk merasakan chemistry berdua dan menjadikan diri anda lebih muda 5 hari.."

Emm...hebat jugak ayat tu..tapi input tu yang lebih penting...berkenalan dengan pasangan setiap hari??..emm...itu la resipinya...untuk elakkan bosan dengan pasangan...kena la berkenalan setiap hari...mungkin ada perkara yang anda tidak sedar selama ini tentang diri pasangan masing-masing..mungkin dengan cara ini, ada rahsia atau perkara baru dapat diteroka setiap hari oleh pasangan kekasih atau suami isteri...is it interesting, huh??

Kalau faktor penampilan..sendiri kena cermin la..jika nak ke sesebuah majlis, pakai baju yang paling baik, berbedak, berwangi-wangian...perghhhh...satu rumah bau minyak wangi...tapi, kalau kat rumah, nape tak berpakaian elok, berbedak dan berwangian seperti nak keluar rumah?? Apa pentingnya penampilan kat rumah ni perlu kemas seperti nak keluar rumah?? Seringkali diabaikan oleh pasangan masing-masing..ada yang mengatakan, "takde sape yang nak tengok saya kat rumah, so, kenapa perlu pakai cantik-cantik??" Haa..itu la silapnya, kalau kat rumah, sape yang ada? Suami... So, kenapa tak boleh pakai cantik-cantik depan suami?? Tunjuk la kecantikan anda sebagai wanita tu depan suami, yang halal... Kalau pasangan kekasih plak, jaga la penampilan tu..jangan la masa berjumpa, ada bau semacam je yang hinggap kat hidung pasangan..hishhh...tak best la camni...

Yang lelaki plak, jangan la perasan sangat yang anda tak perlu jaga penampilan..jangan bebankan pasangan anda sahaja untuk berdandan dan berhias depan anda.. Anda juga perlu jaga penampilan di rumah..pasangan anda pasti senang hati jika anda tidak selekeh semasa berada di rumah..takde la asyik memakai kain pelikat lama dengan baju pagoda tu saja..pakai la pakaian yang elok untuk tatapan si isteri...pasti akan ada senyuman di bibir permaisuri hatimu itu..

Jika masalah bebanan kerja berlaku, cuba berbincang elok-elok dengan pasangan anda..mungkin dengan cara meluahkan rasa yang terpendam tentang beban kerja tersebut, akan dapat menghilangkan separuh tekanan yang dialami..seboleh-bolehnya, jangan bawa balik kerja di pejabat ke rumah...elakkan berbincang perkara di pejabat di dalam rumah..Ingat!! prioriti anda di rumah adalah untuk keluarga...dan prioriti anda kepada kekasih, adalah tentang dirinya, bukan masalah kerja anda!! Tetapi, jika anda merasakan masalah kerja anda itu perlu dibincangkan, mulakan perbualan dengan pasangan dengan menghalakan rasa tekanan itu dahulu, kemudian, bincang la dengan sebaik mungkin, minta pendapat dari pasangan anda tentang masalah atau beban kerja yang anda alami...berkongsi tekanan dan masalah yang dialami adalah lebih baik dari menanggung seorang diri... Rasulullah pun berkongsi rasa gelisah baginda dengan isteri tercinta, Siti Khadijah semasa malaikat Jibrail menyampaikan wahyu dari Allah SWT untuk menjadi seorang Rasul...so, ladies and gentlemen, contoh terbaik sudah ada...choose or not, up to u....

Bila masalah komunikasi dan pengurusan masalah ini dapat dijaga, diaplikasikan dengan baik, maka, bila tiba masalah tentang anak-anak...rasanya, pasangan suami isteri boleh menghadapinya dengan baik..insyaAllah...

Pasal orang ketiga?? Aku tak nak la komen lebih-lebih...sebabnya, kena menuntut ilmu perkahwinan betul-betul dulu...

Tapi, kesabaran tu penting..setiap pasangan tu pasti akan diuji dengan pelbagai masalah...ikhlas dan sabar...resepi kebahagiaan...sebab tu la Ustaz Pahrol tulis, satu rasa dua hati....memang akan ada dua hati. Antara hati lelaki dan perempuan, hati pasangan kekasih, hati suami dan isteri... Hati memang akan ada dua..tapi rasa?? Akan jadi satu bila saling memahami, saling bersabar, saling ikhlas menerima... Kerana rasa itulah yang akan menjadikan cinta antara kita dan pasangan hebat...

Buat habib, semoga kupasan dan pandangan peribadi ni dapat dijadikan panduan untuk diri sendiri...moga langkah kita akan jadi lebih mudah di kemudian hari...insyaAllah..

Wallahualam....

Monday, November 30, 2009

Facebook | Amalina Lin

Facebook Amalina Lin

Birthday Abah


Assalamualaikum w.b.t...

Emm..semalam 29 November 2009..
Birthday abah yang ke 55 tahun. Dah lebih separuh umur abah semalam..tapi aku masih memandang abah seperti seorang lelaki yang berusia awal 40-an..umurnya sewaktu kali pertama beliau ke Mekah pada tahun 1997..

Abah masih gigih mencari rezeki untuk kami sekeluarga..daripada seorang peniaga kecil-kecilan di Pasar Chukai Kemaman, kini abah tak lagi mengusahakan kedai tersebut...hanya terbiar sepi..dipandang sekilas lalu oleh pengunjung setia pasar tersebut setiap hari... Kini, abah sudah beralih kepada kerja lain pula...menjadi seorang kontraktor...hurmm..bukan hal ini yang ingin coretkan..biarlah abah dengan kerjanya...

Semalam, sewaktu hari lahirnya, kebetulan jatuh pada hari raya Qurban yang ketiga..so, banyak la daging-daging korban yang ada dalam stok simpanan peti ais rumahku..ada daging yang diberikan oleh jiran dan rakan-rakan mama dan abah..ada juga daging hasil sembelihan korban bahagian tokwan ku...

Hampir ke semua daging tersebut dijadikan lauk pauk untuk masakan tengahari...kebetulan juga, kakak ku hendak pulang ke Shah Alam petang semalam..nak la mengisi perut dulu sebelum berangkat pulang...sejak dari pagi, mama dan kakak ku mula memasak hidangan tengahari..kata kakak ku, ada kawan dia nak tumpang balik ke Kuala Lumpur..so, abah pun kerahkan supaya masakan tersebut dilebihkan kuantitinya..hurmm..ada tetamu...

Lepas siap semua masakan, kawan kakakku belum sampai lagi dari Kuala Terengganu...pada jangkaanku, mesti jalan jem!! Jam menunjukkan hampir 3.30 petang..abah sudah mula merungut..semuanya dah lapar..akhirnya, abah terus ke dapur...dah nak start makan..aku pun sama..dah tak tahan lapar..terus join abah sekali makan..nak tunggu kak Anis, kawan kakakku tu, entah bila dia sampai....

Baru 2 suap nasi masuk ke mulutku, tiba-tiba bunyi hon kereta dari luar rumah..mesti kereta kakakku..tetamu dah datang!! Mana tudung aku?? aaaaaaa....
Dengan tangan sebelah lagi, aku terus mencapai tudung kepala dan memakainya...seperti ku duga, kak Anis datang dengan tunang dia, si Botak...nasib baik sempat!! fuhhh.....

Abah begitu berselera mengadap semua hidangan...ada sup tulang, daging masak merah, ikan lapang bakar tawar, ikan tenggiri goreng, sambal belacan mangga, dan sedikit ulam kacang botol, petai dan mentimun kecil...kampung style!! i like it....
Banyak kali abah suruh tetamu-tetamu tu menambah nasi..yelah, time hujan-hujan camni, mesti cepat lapar dalam perjalanan jauh....

Usai makan, kakak ku segera bersiap-siap mengemas barang ke dalam kereta...menjelang Asar, mereka berangkat pulang ke Kuala Lumpur...abah minta kakakku berhati-hati dalam perjalanan...jalan nak ke highway dari Kemaman sampai ke Sungai Ular, Kuantan, pasti jem....
Memang tepat jangkaanku...lebih kurang pukul 5.30 petang, abahku menghubungi kakak dan bertanya di mana dia berada sekarang....Cherating!! perghhh....baru sampai kat Cherating??? dah sejam lebih baru sampai kat Cherating?? memang jem giler jalan nih.....sepatutnya, Cherating tu ambil masa dalam 20 minit saja dari sempadan Kuantan-Kemaman tu...kesian kakak aku...tapi, ape boleh buat, hari ni kerja, so, dia kena balik jugak ke Shah Alam petang semalam...nasib baik ada kawan-kawan yang tumpang kereta dia..takde la abah dan mama risau sangat bila jalan kat highway tu...

Hujan turun renyai-renyai sampai Maghrib....Ajah, adik bongsu ku mula merengek-rengek dengan abah...nak ajak abah keluar ke bandar...nak makan KFC la..nak makan Pizza la...hmmm....abah cuma diam je...akhirnya, lepas solat Isyak, aku terlelap sebentar di katil... Ajah datang mengejutkan aku...ku lihat dia dah siap berpakaian..katanya, nak keluar. Aku bertanya la pada dia, abah dah tahu ke? Dia diam..rupa-rupanya, dia dah betul-betul nekad nak ajak abah aku keluar...nak makan pizza katanya sempena birthday abah....

Semasa dalam kereta, semuanya diam aje....sampai kat traffic light kampung ku, abah pun bersuara.. "ni la sebabnya abah tak nak keluar, tengok ni...jalan jem!!" hmmm...aku dapat melihat deretan kereta dan segala jenis kenderaan lain berpusu-pusu bergerak ke arah bandar....ada polis trafik yang bertugas di kawasan traffic light tu...

Sebenarnya, traffic light simpang empat di kampung aku ni merupakan laluan penting untuk semua pengguna jalan raya...kalau simpang di sebelah kiri, jalan utama ke Kuala Terengganu...simpang bertentangan dengan kampungku, jalan utama ke Pelabuhan Kemaman..pusat tenaga kerja bagi hampir 3 ribu pekerja di sana, termasuk adikku...dan simpang ke kanan, adalah jalan utama penduduk kampung ku dan semua pengguna jalan raya ke bandar Chukai, Kuantan, dan highway Pantai Timur ke Kuala Lumpur....ia akan merentasi sebuah jambatan kecil satu laluan bagi kedua-dua arah...masalah kesesakan jalan raya yang berlaku pada musim perayaan ini disebabkan oleh jambatan kecil inilah, selain jalan raya yang pecah-pecah disebabkan hujan hingga hari ini....

Abah begitu berhati-hati mengawal kereta..ye la..dalam huja renyai-renyai ni...kereta pun banyak...mungkin kesabaran tu boleh memuncak....lama jugak masa diambil untuk melepasi keadaan jem tu...hampir 20 minit baru sampai ke bandar...sepatutnya ambil masa tak sampai 10 minit pun nak ke bandar...sampai kat Pizza Hut, adik aku terus order...dua biji pizza, dan dua mangkuk sup...kami singgah kat rumah tokwan, makan pizza dengan dia...bukan ape, nak biarkan jem kat jalan raya reda skit, baru gerak pulang...dalam pukul 10 lebih, barulah kami sekeluarga pulang ke rumah...sampai dekat dengan awasan jambatan, jem semula..tapi tak la teruk macam jalan menghala ke bandar....

Hmmm...bila la nak dibina jambatan baru ni...kerja-kerja mengukur kawasan jambatan ni dah mula dilakukan..tapi, tak tahu la kerja pembinaannya bila nak dimulakan...kalau bina jambatan ni..mungkin ambik masa 5-6 tahun baru siap...lambat jugak tu...nak pasang cerucuk dalam sungai dan sebagainya....memori birthday abah semalam dihiasi dengan jalan jem...tapi tak kisah la...janji, masa yang ada bersama tu akan dikenang selalu oleh adik-adikku....

Happy Birthday abah....

Sunday, November 22, 2009

cerita waktu kecil....






Assalamualaikum wbt....

Buat sang pencinta coretan dan nukilan di luar sana...
Aku bercerita tentang diriku ini...
Aku merindu saat-saat aku masih kecil...
Bermain bersama teman-teman di tepian sungai..berlumpur..berselut...
Mengayuh basikal dari tengahari hingga ke petang...
Sampaikan kulit menjadi gelap dan hitam....
Persisnya aku bukan seperti seorang budak perempuan....

Aku merindui saat-saat aku bermain layang-layang di halaman rumahku...
Biarpun tidak sebesar mana, tapi di situlah tersimpan seribu makna...
Jatuh bangunku bersama kakak dan adik-adik....
Aku merindui pohon mempelam di hadapan rumahku...
Tempat aku memanjat bersama kakakku...
Membawa sekali buku cerita kegemaran untuk ku baca saat aku menyandar di atas dahan pokok mempelam itu...
Kami bercerita sehingga senja menjengah....

Aku merindui saat hujan akan turun...
Awan mendung berarak membawa sekali angin kencang sekali-sekala..
Dan saat itulah aku bersama kakak akan berlari-lari di atas rumput halaman...
Bersuka ria menjerit-jerit pada sang angin yang menyamankan badan...
Mama cuma melihat gelagat kami berdua...
Pabila hujan mula mencurah, terdengar laungan suara mama dari dalam rumah...
Memanggil-manggil nama kami supaya masuk ke dalam rumah...
Kata mama, "jangan main hujan, nanti demam..."
Dan aku bersama kakak, terus terdiam dan melangkah longlai masuk ke dalam rumah...
Aku rindu semua itu....

Kini, tiada lagi pohon mempelam yang dahulunya menjadi tempat permainanku...
Tiada lagi laman luas untuk ku bermain seperti dulu...
Banyak yang telah berubah...
Demi sebuah kehidupan yang lebih baik....
Demi sebuah kediaman yang lebih selesa...
Pohon mempelam itu abah telah tebang....
Laman di hadapan rumah telah dikecilkan...
Menjadikan saiz rumah yang lebih selesa buat kami sekeluarga dapat didirikan....

Pohon mempelam, pohon ciku, pohon rambutan, pohon kelapa...
Semuanya tinggal dalam kenangan...
Aku merindui setiap hasil yang datang dari pohon-pohon tersebut...
Kemanisan rambutan gading yang dicemburui oleh anak-anak jiran...
Mempelam yang sebesar lengan yang selalu dihinggap oleh kumbang pokok...
Sang ciku yang lebat meranum hingga tak terdaya ku makan...
Dan pohon kelapa yang setia melindungi parkir motor abah dari sinar mentari yang terik...
Aku rindu semua itu...

Banyak betul kenangan yang ditinggalkan di belakang sana....
Saat kaki ini melangkah terus ke hadapan, perasaan dihambat pada kenangan zaman hingusan...
Kini, yang ada, cuma gambar kenangan yang dirakam berbelas tahun lepas buat tatapan...