Friday, November 11, 2011

11 November 2011

Assalamualaikum wbt...

Hari ni bertarikh 11.11.11..... Ramai yang duk perkatakan tentang tarikh yang cantik macam hari ni.... jatuh pula pada hari Jumaat yang mulia... Apa ada pada sebuah tarikh yang dikatakan istimewa ni? Bagiku, tiada apa-apa yang istimewa sementelahan ianya tiada dalam dalil mahupun sunnah Rasulullah tentang tarikh yang dianggap istimewa ini...

Cumanya, hari ni ramai dikalangan kita meraikan perkahwinan sempena tarikh ini mungkin sebab mudah diingati atau ianya mengambil berkat hari Jumaat, itu yang lebih utama sebenarnya...

Apa pun yang dikerjakan oleh kita sama ada di hari Jumaat ataupun di hari-hari lain, mudah-mudahan segala amalan kita itu diterima oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dengan amalan yang kita kerjakan....Amin.



By the way, tahniah kepada rakan-rakanku yang telah selamat bernikah pada hari ini dan tahniah juga kepada insan-insan yang telah bergelar sebagai ibu atau bapa dengan menimang cahaya mata baru pada hari ini...


Moga hidup kita terus barakah pada hari- hari yang mendatang....
InsyaAllah... :)