Tuesday, November 23, 2010

I'm Working Now

Assalamualaikum wbt...

Hari ni kalendar sudah menunjukkan tarikh 23 November 2010. Bermakna sudah 23 hari secara rasmi aku bertugas sebagai kaunselor pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading, Batu Pahat Johor. Namun begitu, sebenarnya hari bekerja aku di pejabat cuma 9 hari saja sehingga hari ni. Minggu pertama, hari bekerja cuma 4 hari sebab hujung minggu Deepavali.

Minggu kedua, aku cuma datang kerja pada hari Isnin. Selasa Hingga Jumaat, aku berada di UPM untuk peperiksaan akhir semester 1 pengajian Master... Alhamdulillah, dalam kekalutan study di saat akhir, aku masih mampu menjawab semua soalan exam dengan tenang... berkat doa kedua orang tua di kampung...

Masuk minggu ketiga, hari Isnin ada program pencegahan dadah pelajar sekolah menengah di kolej ini. Aku sedaya mungkin untuk menguruskan program tersebut dengan bantuan Unit Promosi kolej. Alhamdulillah, semua berjalan lancar...

Sewaktu aku masuk kerja semula pada jam 2 petang hari yang sama, perut aku terasa sakit yang luar biasa. Terus terang, aku tidak pernah mengalami rasa sakit seperti ini. Aku segera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Parit Raja. Disebabkan peralatan di klinik kurang mencukupi, doktor di situ membuat refer letter ke Hospital Batu Pahat yang jaraknya 23km dari kolej aku bertugas. Terlambung-lambung badan aku semasa berada dalam ambulans disebabkan keadaan jalan raya yang kurang memuaskan..

Setelah ujian dijalankan, doktor mengesahkan bahawa aku mengalami jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan sel darah putih aku meningkat sedikit dari biasa. Disebabkan keadaan itulah mnejadi punca rasa sakit perut sejak 4 hari sebelum itu. Punca yang lebih spesifik adalah dari pemakanan aku yang mungkin mengandungi racun pada sayuran yang aku makan sebelum ni... SubhanaAllah....

Aku mendapat cuti rehat sehari oleh doktor untuk memulihkan keadaan diriku. Keluarga aku mendapat tahu berita tersebut telah membuat keputusan untuk beraya bersama aku di Batu Pahat memandangkan aku cuma dapat bercuti selama satu hari iaitu pada hari raya Qurban, 17 November 2010. Beraya di perantauan bersama keluarga, menarik bukan? Hehhehe...

Bila datang kerja pada 18 & 19 hb, pejabat terasa sunyi. Dalam 10 orang staf sahaja yang datang bekerja pada tarikh tersebut termasuk aku... Sunyinyer...seperti yang aku ungkap pada Emy, kerani di pejabat, "Emy, kolej kita ni sunyinya macam kena langgar dengan Garuda.." hahhaha...kami ketawa bersama-sama....mujurlah balik kerja, family masih ada di rumah, takde la aku tenung dinding jer bila balik kerja. Kak Inaz dan Ena dapat cuti lama, aku dah tak boleh bercuti disebabkan cuti aku ditarik sewaktu peperiksaan di UPM minggu lepas...

Bila family aku balik pada tengahari Jumaat tersebut, aku kembali sunyi semula. Abah ada mengajak aku pulang ke rumah di Kemaman, tapi aku menolak. Bukan apa, aku kena kuatkan hati bahawa aku sekarang telah bekerja dan zaman untuk aku bermanja-manja sudah patut dikurangkan. Tapi itu bukan bermakna yang aku benci untuk balik kampung, cuma aku cuba untuk mencari diri sendiri pula selepas ini... Moga abah dan ma faham dengan keadaan aku sekarang...

Kembali bekerja hari ini, aku perlu study semula sistem dan pemprosesan data yang perlu dilakukan oleh kaunselor di kolej ini. Pelajar-pelajar kolej pun dah mula final exam hari ini. So, takde la sesi lagi yang aku jalankan, tinggal kerja-kerja pengurusan dan data sahaja selepas ni...

Ya Allah, Engkau jua yang Pemberi Kesenangan dan Dugaan, maka Engkau tabahkan kami sebagai hamba yang hina ini, untuk bertahan dan melaksanakan tanggungjawab yang kami pikul ini.. Amin, Ya Rabb...