Tuesday, July 12, 2011

Risau

Malam ni, jam 11.45 malam seperti yang tertera di tiket bas ku untuk pulang ke Batu Pahat...

Risau plak nak balik kali ni.. Ma dan abah kurang sihat...

Semalam, abah ke klinik..petang tadi, ma plak yang ke klinik... Cuaca panas skrg mungkin jadi penyebab keadaan kesihatan parents ku sedikit terjejas...

Ya Allah yang Maha Penyembuh segala penyakit...tabahkanlah kedua orang tuaku untuk menghadapi ujian ini...kurniakanlah mereka kesejahteraan dan kesihatan mereka pulih seperti biasa.... 

Amin...

Moga perjalanan pulang malam ini selamat sampai ke destinasi...

@_@

Monday, July 11, 2011

Dah Booking...


Finally...the decision has made...

Siang tadi dah pergi ke stockist Peugeot then booking that car in the picture...

Warnanya putih and so cute..also, i'd test it on the road...so smooth...

InsyaAllah, in a month, the car will arrive at the stockist and i can pick it up...

Thanks abah dan ma yang telah banyak beri support for me till i chose this car...

Lepas ni, kena mahirkan diri bawa kereta la..dah lama sangat asyik bawa scooter ELIT tu...

Amalina, smile... :)

Sunday, July 10, 2011

Home Again...

I'm at home again...

Rasa tenang dan gembira bila dapat lihat ahli keluarga sendiri...

Tapi aku kembali kali ini, banyak pula cerita yang ada...

Amad masuk wad di KMC, Kuantan..operation pada abdomen...

Ma dan abah kurang sihat....tapi still bekerja...cari rezeki utk family...

Skrg, kt TV asyik siar berita pasal BERSIH dan PATRIOT...kadang2 naik muak dgn berita berat sebelah stesen TV kerajaan ni...

Hmm...hari ni, ada plan nak jenguk ke outlet kereta Peugeot...harap2 tercapai la...abah, please...i need a car!

Tuesday, July 5, 2011

Tiket Dah Comfirm...

Alhamdulillah, dah masuk hari Selasa. Semalam, abah dah call.. katanya tiket bas balik ke kampung hujung minggu ni dah comfirm beli di online...cuma kena pegi ambil di kaunter tiket kat bus stand Batu Pahat..

Boarding on 2100, July 8...

Semoga perjalanan pergi dan kembali semula selamat semuanya... Ada urusan penting yang menanti di Kemaman... abah pun dah siap sedia pergi survey beberapa tempat.. mudah-mudahan ada la yang aku berkenan...

^_^

Sunday, July 3, 2011

Transformers





3 Julai 2011

Student senior KKTMSG dah mula mendaftar masuk asrama hari ni...

Aku...boring sangat duduk kt penthouse ni....

Nak keluar, tengok wayang....

Citer Transformer perhaps....

:)


Thursday, June 30, 2011

Peaceful


I want to have a moment like this... Peaceful and joy..



I need a vacation... :)


Tuesday, January 18, 2011

Hidup dan Perasaan

Assalamualaikum wbt...

Syukur pada Allah SWT, kerana aku masih hidup hari ini... Dia yang memberi nafas untuk aku terus hidup...

Hidup dengan perasaan atau perasaan dalam hidup? Dua-dua ungkapan aku setuju...

Hidup dengan perasaan menandakan seseorang itu waras, dan boleh berfikir..tapi tak semestinya berfikir semua benda baik..ada kadang-kadang benda jahat yang difikirkan juga...hehe.. aku pun tak terlepas berfikir tentang perkara jahat... ape dia? Biarlah rahsia... Apa yang baik-baik aje kita kongsi di sini..

Perasaan dalam hidup pula bermaksud, seseorang itu mempunyai rasa, deria dan keinginan untuk menyuarakan 'suara' dalaman dirinya. Sama ada perasaan itu gembira, marah, sedih, geram, kecewa, bahagia...semua itu perasaan dalam hidup seharian...

Kenapa bercakap tentang perasaan? Sebab pada waktu kini, ramai dikalangan individu tidak menyedari masalah dalaman diri yang bergolak dengan perasaan sendiri..sebab tu banyak berlaku kes rasuah dan buang bayi...hampir setiap hari, ade saje berita kes-kes tersebut kat TV...sampai kadang-kadang malas nak selak surat khabar, sebab beritanya hampir sama..pasal kes buang bayi dan rasuah...dan mengerikan, kes bunuh...

Orang-orang yang melakukan semua ni, memang ada perasaan..tapi perasaan TAKUT!

Takut?

Yelah, mereka takut duit gaji atau duit makan tak cukup, sebab tu mereka merasuah dan menerima rasuah... Yang buang bayi plak, takut sebab tak tahu macam mana nak tanggung kehidupan bayi tu, atau takut rahsia terbongkar sebab bayi tu anak luar nikah... Yang membunuh plak, mungkin sebab hasad dengki, atau lebih senang, sebagai jalan untuk 'tutup mulut' kepada sesiapa yang tahu kebenaran...senang bukan? Cabut je nyawa orang yang tak bersalah, tutup cerita... semua sebab takut! Haishhh.....dunia sekarang...

Bahagia hanya datang apabila hati pemiliknya tenang dan benar-benar mahukan kebahagiaan... Ada orang bahagia bila duit dalam poket dan bank banyak..ada orang bahagia bila anaknya ramai..sebab boleh meriahkan rumah tangga... Tak kurang juga, ada yang bahagia bila dapat tengok pokok pisang yang ditanam berbuah elok..rasa puas sangat....huhu... (sedap jugak pisang tu bila dapat merasa hasilnya)

Aku teringat satu kata-kata dari seorang kawan dari negara seberang sewaktu study di universiti dulu "Don't let the inferior enter in your life, bring up the superior so that you will manage your life properly"...

Thanks friend... u cheer me up with ur words...

...dan perasaan itu sentiasa hidup dalam hati dan jiwa.....