Friday, November 11, 2011

11 November 2011

Assalamualaikum wbt...

Hari ni bertarikh 11.11.11..... Ramai yang duk perkatakan tentang tarikh yang cantik macam hari ni.... jatuh pula pada hari Jumaat yang mulia... Apa ada pada sebuah tarikh yang dikatakan istimewa ni? Bagiku, tiada apa-apa yang istimewa sementelahan ianya tiada dalam dalil mahupun sunnah Rasulullah tentang tarikh yang dianggap istimewa ini...

Cumanya, hari ni ramai dikalangan kita meraikan perkahwinan sempena tarikh ini mungkin sebab mudah diingati atau ianya mengambil berkat hari Jumaat, itu yang lebih utama sebenarnya...

Apa pun yang dikerjakan oleh kita sama ada di hari Jumaat ataupun di hari-hari lain, mudah-mudahan segala amalan kita itu diterima oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dengan amalan yang kita kerjakan....Amin.



By the way, tahniah kepada rakan-rakanku yang telah selamat bernikah pada hari ini dan tahniah juga kepada insan-insan yang telah bergelar sebagai ibu atau bapa dengan menimang cahaya mata baru pada hari ini...


Moga hidup kita terus barakah pada hari- hari yang mendatang....
InsyaAllah... :)

Thursday, October 27, 2011

Ujian Untuk Kentalkan Semangat

Assalamualaikum wbt...

Kali terakhir update kandungan blog, Ramadhan yg lalu...

Terlalu banyak agenda yg direncana, telah terencana dan tak disangka-sangka akan terencana dalam diari kerja aku beberapa bulan selepas Ramadhan lalu...

Terlalu penat, lelah, letih dan kehilangan kata-kata akhirnya dalam memikul dan melaksana segala yang telah direncana....

Namun begitu Ya Allah, aku tetap bersyukur dgn segala ujian yg telah Engkau berikan kepadaku...

Aku berusaha melakukan yg terbaik dalam ketidaksempurnaan diri ini...walaupun terkadang, ada perkara yang mengetuk pintu kesabaran dan amarah syaitan dalam diri...

Terkadang, ada seketika hilang pertimbangan diri...ada kala, keserakahan durjana berhati haiwan, mahu saja aku menamatkan nyawa, jiwa yg telah mencalarkan kemurnian namaku yg telah dikarunia oleh ibu bapa yang penyayang....

Tapi, terjaga sahaja dari ajakan musuh yang nyata, aku sedar yg tiada gunanya menyimpan sesuatu yg bisa merenggut masa depan yg sedang aku cipta...

Harus banyak berSABAR....... Itu kuncinya.... 

Hebatnya hati kita, kerana semua rasa ada terkandung dlm satu jiwa....

Hebatnya diri kita, kerana kita kuat melawan segala rintangan yang ada...

Moga Allah SWT terus memberikan kekuatan untuk berada menghadap segala mehnah dunia....

^_^

Moga Bahagia...

Dah lama tak menulis dlm blog sendiri...

Dah bersarang dgn pelbagai cerita yg tak sempat utk terluahkan di sini...

..dan akhirnya....

Aku baru mendapat berita bahawa seorang muslimin yg pernah meminang aku pada tahun 2009 dulu, akan bernikah esok dgn pasangannya...

Selamat pengantin baru ustaz...
Akhirnya bertemu jua dgn zaujah terbaik buat ustaz...

Moga berbahagia dgn pasangan hingga ke syurga...

Mabruk 'alaih....

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan : Dah Dapat Kereta...

Alhamdulillah, semalam abah dah ambil kereta di stokis Taman Chukai Utama....

Semalam pun dah mandikan kereta dengan air Yasin...

Hari ni, abah kata, dah bawak kereta jenjalan kat bandar...

Hmm..takpe la...biar mile age kereta tu cepat skit bergerak sampai 1000km...baru dapat servis....

Lepas raya, insyaAllah akan bawak kereta ke Batu Pahat ni...

Amin....

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan : Iftar Jami'e

Alhamdulillah....

Majlis Iftar Jami'e baru2 ni dengan student PRS dan MPP berjaya dilaksanakan di penthouse...

Bermula dari pagi persiapan tempat dan memasak sampai petang....

Tahlil, bacaan yasin pun ada sekali sementara nak tunggu waktu berbuka tu...

Bila ramai student yang datang, rasa meriah plak majlis...jiran2 kt kuarters pun ade datang sekali...

Aku pun sempat jugak la potong kek hari lahir yang ditempah khas dari Secret Recipe malam tu...

hehehehe....

Terima kasih kepada semua yang telah jayakan majlis ni....

 Ada masa, kita boleh buat lagi....

:)

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan : Hadiah Ulangtahun





Alhamdulillah...

Semalam dah genap umurku 25 tahun...

Macam rakan sekerja aku cakap, umur jubli Perak...hahahaha....

Tahun ni, aku dapat hadiah ulangtahun paling mahal dalam hidup...

Sebuah doa khatam Al-Quran 30 juzuk dan sebuah kereta baru...

Hehe...yang kereta tu, hadiah untuk diri sendiri tapi dibayar ansuran selama 9 tahun...huhu....

Ape pun, i'm happy to be birthday girl yesterday...thank you ma dan abah....

Friday, August 12, 2011

Ramadhan : Ulangtahun Kelahiran ke - 25













Aku  : Assalamualaikum ma.. (dlm phone, 10.30 am, 12 Ogos 2011)

Ma   : Waalaikumusalam...


Aku  : Ma, hari ni hari lahir saya yg ke 25 tahun..


Ma   : Selamat hari lahir..


Aku  : Ma, terima kasih kerana lahirkan saya, doakan saya selama ini hingga saya berjaya kini..



Ma   : Sama-sama... ma hadiahkan doa khatam 30 juzuk Al-Quran hari ini utk kamu...

Aku  : @_@.... (menangis terharu..) TERIMA KASIH MA KERANA LAHIRKAN SAY
A...