Thursday, December 3, 2009

Satu Rasa Dua Hati



Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni masih hujan...sejak hampir seminggu yang lepas... Gelombang kedua hujan dan banjir di kawasan Pantai Timur. Tapi alhamdulillah..rumah aku tak dinaiki air setakat ni... Bila dah hujan macam ni, banyak aktiviti tergendala..nak jemur baju kat luar rumah pun tak dapat. Nak tunggang motor pusing-pusing kampung pun tak dapat..kerja projek abah pun tertangguh sebab hujan camni..

Walaupun begitu, aku masih ada kerja perlu dibereskan dalam rumah sendiri..masak, kemas rumah, layan adik-adik..that's my routine..

Emm..kembali pada matlamat penulisan hari ni. Tajuk di atas sebenarnya, aku ambil sempena sebuah buku yang aku telah baca baru-baru ni..buku tersebut aku dah beli masa bulan Ramadhan lepas ketika selesai menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Tapi hanya dapat concentrate baca lepas aku habis final exam baru-baru ni..

Tajuk buku tu pun dah melambangkan seolah-olah ia sebuah buku genre cinta..ya..memang sebuah buku berbentuk cinta. Tapi bukanlah sebuah novel cinta yang berbunga-bunga ayatnya.. Buku ini sebenarnya berkisar tentang petua untuk bercinta di alam perkahwinan dan cara untuk mengekalkan cinta sesudah berkahwin, insyaAllah cinta sampai ke akhir hayat dan terus ke syurga..pandai betul Ustaz Pahrol Mohd Juoi ni menulis isi kandungan buku ni. Gaya penulisannya bersahaja, tapi menusuk ke jiwa...

Sebenarnya aku belum berkahwin, tapi suka membaca pelbagai bahan yang menyentuh hal kehidupan, terutamanya hal perkahwinan, cinta, pengorbanan dan segalanya berkaitan dengan norma kehidupan seorang insan..

Apa yang bagusnya kandungan buku ni? Emm...lepas dah baca kali kedua buku ni, apa yang dapat disimpulkan adalah, sikap saling memahami suami isteri itu punca rumah tangga bahagia...salah satu ayat yang aku suka dalam buku ni, jika dapat dipetik sedikit, "siapa yang lebih cinta, dia akan lebih banyak memberi.." Menarik ayat ni sampaikan aku berfikir macam-macam.. Yelah, patut la ada kata-kata anak muda sejak dulu sampai sekarang yang popular.."kerana cinta, aku sanggup serahkan jiwa dan raga, relaku korbankan segalanya" Fuhhh...dahsyat la ayat camtu...

Tapi dalam konteks yang cuba dikupas oleh Ustaz Pahrol ni, adalah cinta dalam perkahwinan, yang sah dan halal antara suami isteri..kerana perkahwinan selalunya dimulakan dengan cinta, tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab...hurmm..kalau nak tahu lagi apa yang menarik tentang buku ni, kena la baca sendiri..kerana hayunan gaya bahasa yang telah aku baca, takkan sama dialami oleh pembaca lain...cari la buku ni di kedai buku berhampiran..pasti ada..

Sebenarnya, apa yang menyebabkan aku terpanggil untuk menyemak kembali buku ini untuk kali ketiga, adalah disebabkan oleh chatting dengan habib semalam..kawan dia ada bertanya tentang bagaimana nak elakkan kebosanan dalam sesuatu perhubungan? Aku ambil masa juga nak jawab soalan tu..ye la, aku ni kurang pengalaman nak handle masalah tentang emosi perasaan ni..lebih-lebih lagi pasangan yang dah berumah tangga..adoiii....lantas, tanpa berfikir panjang, aku suggest pada kawannya tu buku Ustaz Pahrol ni..harap-harap dia baca la...insyaAllah...

Emm..pada pandangan aku sendiri, bila satu pasangan tu telah mencapai satu tahap di mana mereka dah bosan dengan pasangan masing-masing, memang ada masalah sebenarnya antara mereka... Mungkin masalah komunikasi, penampilan pasangan, masalah beban kerja, masalah anak-anak...atau lebih jauh lagi, mungkin ada pihak ketiga yang cuba masuk dalam kehidupan pasangan tersebut...mana-mana faktor pun boleh menjadi penyebab kepada rasan bosan yang wujud..

Jika masalah komunikasi, maka hendaklah diperbaiki semula gaya dan pola komunikasi tersebut antara pasangan. Mungkin setelah sekian lama bersama, anda sudah merasakan bahawa anda cukup mengenali diri pasangan masing-masing..anda tahu apa perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan anda, sehinggakan anda sudah tidak tahu apa yang hendak dibualkan bersama pasangan..hal ini merupakan satu kesilapan yang perlu dipandang serius oleh pasangan kekasih atau suami isteri...

Aku teringat dalam salah satu siri ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..katanya, "salah satu cara untuk kita mengekalkan rasa cinta dan kasih kepada pasangan, adalah dengan cara menganggap mereka adalah orang baru setiap hari.." Bagaimana caranya? "mulakan perbualan setiap hari dengan cara berkenalan dengan pasangan seolah-olah anda tidak pernah bertemu dengannya, dan sebelum keluar dari rumah, peluk la pasangan anda selama 5 minit (hanya boleh dicuba oleh pasangan suami isteri saja tau!!), untuk merasakan chemistry berdua dan menjadikan diri anda lebih muda 5 hari.."

Emm...hebat jugak ayat tu..tapi input tu yang lebih penting...berkenalan dengan pasangan setiap hari??..emm...itu la resipinya...untuk elakkan bosan dengan pasangan...kena la berkenalan setiap hari...mungkin ada perkara yang anda tidak sedar selama ini tentang diri pasangan masing-masing..mungkin dengan cara ini, ada rahsia atau perkara baru dapat diteroka setiap hari oleh pasangan kekasih atau suami isteri...is it interesting, huh??

Kalau faktor penampilan..sendiri kena cermin la..jika nak ke sesebuah majlis, pakai baju yang paling baik, berbedak, berwangi-wangian...perghhhh...satu rumah bau minyak wangi...tapi, kalau kat rumah, nape tak berpakaian elok, berbedak dan berwangian seperti nak keluar rumah?? Apa pentingnya penampilan kat rumah ni perlu kemas seperti nak keluar rumah?? Seringkali diabaikan oleh pasangan masing-masing..ada yang mengatakan, "takde sape yang nak tengok saya kat rumah, so, kenapa perlu pakai cantik-cantik??" Haa..itu la silapnya, kalau kat rumah, sape yang ada? Suami... So, kenapa tak boleh pakai cantik-cantik depan suami?? Tunjuk la kecantikan anda sebagai wanita tu depan suami, yang halal... Kalau pasangan kekasih plak, jaga la penampilan tu..jangan la masa berjumpa, ada bau semacam je yang hinggap kat hidung pasangan..hishhh...tak best la camni...

Yang lelaki plak, jangan la perasan sangat yang anda tak perlu jaga penampilan..jangan bebankan pasangan anda sahaja untuk berdandan dan berhias depan anda.. Anda juga perlu jaga penampilan di rumah..pasangan anda pasti senang hati jika anda tidak selekeh semasa berada di rumah..takde la asyik memakai kain pelikat lama dengan baju pagoda tu saja..pakai la pakaian yang elok untuk tatapan si isteri...pasti akan ada senyuman di bibir permaisuri hatimu itu..

Jika masalah bebanan kerja berlaku, cuba berbincang elok-elok dengan pasangan anda..mungkin dengan cara meluahkan rasa yang terpendam tentang beban kerja tersebut, akan dapat menghilangkan separuh tekanan yang dialami..seboleh-bolehnya, jangan bawa balik kerja di pejabat ke rumah...elakkan berbincang perkara di pejabat di dalam rumah..Ingat!! prioriti anda di rumah adalah untuk keluarga...dan prioriti anda kepada kekasih, adalah tentang dirinya, bukan masalah kerja anda!! Tetapi, jika anda merasakan masalah kerja anda itu perlu dibincangkan, mulakan perbualan dengan pasangan dengan menghalakan rasa tekanan itu dahulu, kemudian, bincang la dengan sebaik mungkin, minta pendapat dari pasangan anda tentang masalah atau beban kerja yang anda alami...berkongsi tekanan dan masalah yang dialami adalah lebih baik dari menanggung seorang diri... Rasulullah pun berkongsi rasa gelisah baginda dengan isteri tercinta, Siti Khadijah semasa malaikat Jibrail menyampaikan wahyu dari Allah SWT untuk menjadi seorang Rasul...so, ladies and gentlemen, contoh terbaik sudah ada...choose or not, up to u....

Bila masalah komunikasi dan pengurusan masalah ini dapat dijaga, diaplikasikan dengan baik, maka, bila tiba masalah tentang anak-anak...rasanya, pasangan suami isteri boleh menghadapinya dengan baik..insyaAllah...

Pasal orang ketiga?? Aku tak nak la komen lebih-lebih...sebabnya, kena menuntut ilmu perkahwinan betul-betul dulu...

Tapi, kesabaran tu penting..setiap pasangan tu pasti akan diuji dengan pelbagai masalah...ikhlas dan sabar...resepi kebahagiaan...sebab tu la Ustaz Pahrol tulis, satu rasa dua hati....memang akan ada dua hati. Antara hati lelaki dan perempuan, hati pasangan kekasih, hati suami dan isteri... Hati memang akan ada dua..tapi rasa?? Akan jadi satu bila saling memahami, saling bersabar, saling ikhlas menerima... Kerana rasa itulah yang akan menjadikan cinta antara kita dan pasangan hebat...

Buat habib, semoga kupasan dan pandangan peribadi ni dapat dijadikan panduan untuk diri sendiri...moga langkah kita akan jadi lebih mudah di kemudian hari...insyaAllah..

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment