Wednesday, July 27, 2011

ALLAH Menguji....



Hari ni, banyak masa aku dihabiskan di bantal...

Terbaring lesu akibat sakit kepala semalam...dan hari ni dah demam....

Semalam, aku dah ke klinik selepas pengsan di pejabat...

Doktor cakap, aku kurang rehat dan kurang tidur...

Memang benar..minggu lepas, aku kerja non stop 7 hari ditambah dengan aktiviti malam bersama pelajar menjawab inventori dan kaji selidik oleh pihak MPP kolej...

Padahnya, minggu ni aku dapat rasakan kesannya...exhausted teramat sangat...

Walaupun hari ni dah takde MC, tapi aku rasakan tak bermaya aje...

Muka dah naik sembab, kepala pun asyik pening aje...tidur 2 jam sekali lepas makan ubat... itu yang jadi sangat sleepy tu...

Mudah-mudahan keadaan ini menjadi kaffarah dosa aku yang dulu... Allah sedang menguji dan aku kena bersabar... Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya, melainkan hambaNya mampu memikul ujian tersebut...

InsyaAllah..akan sembuh tak lama lagi...

2 comments: