Tuesday, July 5, 2011

Tiket Dah Comfirm...

Alhamdulillah, dah masuk hari Selasa. Semalam, abah dah call.. katanya tiket bas balik ke kampung hujung minggu ni dah comfirm beli di online...cuma kena pegi ambil di kaunter tiket kat bus stand Batu Pahat..

Boarding on 2100, July 8...

Semoga perjalanan pergi dan kembali semula selamat semuanya... Ada urusan penting yang menanti di Kemaman... abah pun dah siap sedia pergi survey beberapa tempat.. mudah-mudahan ada la yang aku berkenan...

^_^

Sunday, July 3, 2011

Transformers





3 Julai 2011

Student senior KKTMSG dah mula mendaftar masuk asrama hari ni...

Aku...boring sangat duduk kt penthouse ni....

Nak keluar, tengok wayang....

Citer Transformer perhaps....

:)


Thursday, June 30, 2011

Peaceful


I want to have a moment like this... Peaceful and joy..



I need a vacation... :)


Tuesday, January 18, 2011

Hidup dan Perasaan

Assalamualaikum wbt...

Syukur pada Allah SWT, kerana aku masih hidup hari ini... Dia yang memberi nafas untuk aku terus hidup...

Hidup dengan perasaan atau perasaan dalam hidup? Dua-dua ungkapan aku setuju...

Hidup dengan perasaan menandakan seseorang itu waras, dan boleh berfikir..tapi tak semestinya berfikir semua benda baik..ada kadang-kadang benda jahat yang difikirkan juga...hehe.. aku pun tak terlepas berfikir tentang perkara jahat... ape dia? Biarlah rahsia... Apa yang baik-baik aje kita kongsi di sini..

Perasaan dalam hidup pula bermaksud, seseorang itu mempunyai rasa, deria dan keinginan untuk menyuarakan 'suara' dalaman dirinya. Sama ada perasaan itu gembira, marah, sedih, geram, kecewa, bahagia...semua itu perasaan dalam hidup seharian...

Kenapa bercakap tentang perasaan? Sebab pada waktu kini, ramai dikalangan individu tidak menyedari masalah dalaman diri yang bergolak dengan perasaan sendiri..sebab tu banyak berlaku kes rasuah dan buang bayi...hampir setiap hari, ade saje berita kes-kes tersebut kat TV...sampai kadang-kadang malas nak selak surat khabar, sebab beritanya hampir sama..pasal kes buang bayi dan rasuah...dan mengerikan, kes bunuh...

Orang-orang yang melakukan semua ni, memang ada perasaan..tapi perasaan TAKUT!

Takut?

Yelah, mereka takut duit gaji atau duit makan tak cukup, sebab tu mereka merasuah dan menerima rasuah... Yang buang bayi plak, takut sebab tak tahu macam mana nak tanggung kehidupan bayi tu, atau takut rahsia terbongkar sebab bayi tu anak luar nikah... Yang membunuh plak, mungkin sebab hasad dengki, atau lebih senang, sebagai jalan untuk 'tutup mulut' kepada sesiapa yang tahu kebenaran...senang bukan? Cabut je nyawa orang yang tak bersalah, tutup cerita... semua sebab takut! Haishhh.....dunia sekarang...

Bahagia hanya datang apabila hati pemiliknya tenang dan benar-benar mahukan kebahagiaan... Ada orang bahagia bila duit dalam poket dan bank banyak..ada orang bahagia bila anaknya ramai..sebab boleh meriahkan rumah tangga... Tak kurang juga, ada yang bahagia bila dapat tengok pokok pisang yang ditanam berbuah elok..rasa puas sangat....huhu... (sedap jugak pisang tu bila dapat merasa hasilnya)

Aku teringat satu kata-kata dari seorang kawan dari negara seberang sewaktu study di universiti dulu "Don't let the inferior enter in your life, bring up the superior so that you will manage your life properly"...

Thanks friend... u cheer me up with ur words...

...dan perasaan itu sentiasa hidup dalam hati dan jiwa.....

Tuesday, November 23, 2010

I'm Working Now

Assalamualaikum wbt...

Hari ni kalendar sudah menunjukkan tarikh 23 November 2010. Bermakna sudah 23 hari secara rasmi aku bertugas sebagai kaunselor pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading, Batu Pahat Johor. Namun begitu, sebenarnya hari bekerja aku di pejabat cuma 9 hari saja sehingga hari ni. Minggu pertama, hari bekerja cuma 4 hari sebab hujung minggu Deepavali.

Minggu kedua, aku cuma datang kerja pada hari Isnin. Selasa Hingga Jumaat, aku berada di UPM untuk peperiksaan akhir semester 1 pengajian Master... Alhamdulillah, dalam kekalutan study di saat akhir, aku masih mampu menjawab semua soalan exam dengan tenang... berkat doa kedua orang tua di kampung...

Masuk minggu ketiga, hari Isnin ada program pencegahan dadah pelajar sekolah menengah di kolej ini. Aku sedaya mungkin untuk menguruskan program tersebut dengan bantuan Unit Promosi kolej. Alhamdulillah, semua berjalan lancar...

Sewaktu aku masuk kerja semula pada jam 2 petang hari yang sama, perut aku terasa sakit yang luar biasa. Terus terang, aku tidak pernah mengalami rasa sakit seperti ini. Aku segera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Parit Raja. Disebabkan peralatan di klinik kurang mencukupi, doktor di situ membuat refer letter ke Hospital Batu Pahat yang jaraknya 23km dari kolej aku bertugas. Terlambung-lambung badan aku semasa berada dalam ambulans disebabkan keadaan jalan raya yang kurang memuaskan..

Setelah ujian dijalankan, doktor mengesahkan bahawa aku mengalami jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan sel darah putih aku meningkat sedikit dari biasa. Disebabkan keadaan itulah mnejadi punca rasa sakit perut sejak 4 hari sebelum itu. Punca yang lebih spesifik adalah dari pemakanan aku yang mungkin mengandungi racun pada sayuran yang aku makan sebelum ni... SubhanaAllah....

Aku mendapat cuti rehat sehari oleh doktor untuk memulihkan keadaan diriku. Keluarga aku mendapat tahu berita tersebut telah membuat keputusan untuk beraya bersama aku di Batu Pahat memandangkan aku cuma dapat bercuti selama satu hari iaitu pada hari raya Qurban, 17 November 2010. Beraya di perantauan bersama keluarga, menarik bukan? Hehhehe...

Bila datang kerja pada 18 & 19 hb, pejabat terasa sunyi. Dalam 10 orang staf sahaja yang datang bekerja pada tarikh tersebut termasuk aku... Sunyinyer...seperti yang aku ungkap pada Emy, kerani di pejabat, "Emy, kolej kita ni sunyinya macam kena langgar dengan Garuda.." hahhaha...kami ketawa bersama-sama....mujurlah balik kerja, family masih ada di rumah, takde la aku tenung dinding jer bila balik kerja. Kak Inaz dan Ena dapat cuti lama, aku dah tak boleh bercuti disebabkan cuti aku ditarik sewaktu peperiksaan di UPM minggu lepas...

Bila family aku balik pada tengahari Jumaat tersebut, aku kembali sunyi semula. Abah ada mengajak aku pulang ke rumah di Kemaman, tapi aku menolak. Bukan apa, aku kena kuatkan hati bahawa aku sekarang telah bekerja dan zaman untuk aku bermanja-manja sudah patut dikurangkan. Tapi itu bukan bermakna yang aku benci untuk balik kampung, cuma aku cuba untuk mencari diri sendiri pula selepas ini... Moga abah dan ma faham dengan keadaan aku sekarang...

Kembali bekerja hari ini, aku perlu study semula sistem dan pemprosesan data yang perlu dilakukan oleh kaunselor di kolej ini. Pelajar-pelajar kolej pun dah mula final exam hari ini. So, takde la sesi lagi yang aku jalankan, tinggal kerja-kerja pengurusan dan data sahaja selepas ni...

Ya Allah, Engkau jua yang Pemberi Kesenangan dan Dugaan, maka Engkau tabahkan kami sebagai hamba yang hina ini, untuk bertahan dan melaksanakan tanggungjawab yang kami pikul ini.. Amin, Ya Rabb...

Sunday, October 17, 2010

Tudung dan Tarbiyah Kita...


Assalamualaikum wbt....


Syukur pada Allah SWT..dalam keadaan saya kurang sihat ni, Allah kurniakan ilham untuk menulis sesuatu (hikmah untuk duduk kat bilik dan diisi dengan sesuatu aktiviti)...


Bila banyak termenung dan refleksi semula perjalanan-perjalanan saya sepanjang semester ni, saya telah menggunakan pelbagai kenderaan sama ada kenderaan sendiri atau pengangkutan awam untuk bergerak ke tempat-tempat lebih jauh...


Satu peristiwa yang saya takkan lupakan adalah semasa saya dalam komuter menuju ke KL Sentral..waktu tu, ramai pelajar IPT yang sudah bergerak pulang ke kampung untuk berhari raya (mengikut pengamatan saya dengan melihat mereka membawa beg besar atau luggage bersama). Semasa saya mengambil tempat di dalam komuter, saya lihat ada sekumpulan gadis bertudung labuh dan ada yang berpurdah sedang berdiri di satu sudut dalam komuter tersebut. Walhal saya tengok masih ada beberapa tempat kosong yang belum diisi.


Saya tak menghiraukan mereka dan terus duduk disebelah seorang wanita muda. Wajahnya manis, berjubah dan bertudung hitam lengkap persis wanita Arab. Sepanjang saya duduk disebelahnya, mulutnya asyik kumat-kamit...rupa2nya dia sedang berzikir dengan tangan kanannya sedang membilang butiran tasbih kayu, tetapi tangan kanan yang sedang memegang tasbih itu cuba disembunyikan disebalik jubahnya...manakala seorang muslimat di hadapan saya sedang tekun membaca Al-Quran...terasa begitu aman di dalam komuter tersebut..terasa ruh Ramadhan begitu kuat....Alhamdulillah...


Dalam kedamaian saya menikmati alunan zikir wanita muda itu, gerabak tengah (Ladies Coach) itu dikejutkan dengan deringan telefon bimbit seorang penumpang. Alunan muzik telefon bimbit tersebut berbunyi lagu raya...ramai yang terpinga-pinga mencari dari mana bunyi tersebut datang...kemudian tuan punya telefon bimbit itu akhirnya menjawab panggilan..ada suara kegembiraan dan gelak tawa kecil dalam perbualan..agaknya tuan punya telefon bimbit tu dah tak sabar nak balik beraya!


Sewaktu tuan telefon bimbit sedang rancak berbual, ada pula suara sumbang yang benar2 mengejutkan saya. Antara ramai2 kumpulan gadis yang bertudung labuh tadi, ada salah sorang dari mereka berkata sambil menjeling ke arah tuan punya telefon bimbit, "Puasa pun tak habis lagi, dah tukar lagu raya..ape la!" Kemudian ada sorang lagi rakannya menyampuk, "Tu la..asyik ingat nak beraya je..puasa tak cukup..kan lebih baik pasang ringtone zikir ke, kan lebih baik". Kata-kata mereka itu disambut dengan gelak tawa kecil rakan-rakan yang lain serta beberapa penumpang yang lain. Oh, saya sungguh tersentap dengan kata-kata mereka tu!


Saya terus mengangkat muka saya dan merenung tajam kepada kumpulan gadis bertudung labuh tersebut..setelah diamati, kad pengenalan diri mereka yang tergantung di tudung salah seorang mereka, menunjukkan mereka pelajar UKM.. MasyaAllah, mahasiswa universiti rupanya...saya dapat lihat wanita muda disebelah saya turut melihat kumpulan gadis tersebut sambil menggeleng2 kepalanya perlahan-lahan...dia tak menghiraukan kumpulan gadis tersebut dan terus membilang butir tasbihnya...


Hati saya perlahan-lahan luluh dengan kata2 yang tak disangka2 akan keluar dari gadis2 yang pada pandangan saya, akan membawa imej Islam dengan baik dan zuhud...Ya Allah....terus saya teringat satu peristiwa yang telah menimpa seorang kawan sekuliah yang ingin membeli naskhah Al-Mathurat di sebuah kedai yang diuruskan oleh Persatuan Mahasiswa Islam UPM di Sri Serdang. Sewaktu ingin membeli nashkah tersebut, salah sorang muslimat yang bertugas di kedai tersebut berkata pada kawan saya, "Kak, sekarang ni orang dah tak beli Al-Mathurat, orang hafal". Kawan saya yang mendengar kata muslimat tersebut terus membatalkan niatnya untuk membeli naskhah tersebut. Dia terus berlalu dan mendapatkan saya yang sedang membeli barang di sekitar kawasan tersebut. Matanya bergenang.... Apabila bertemu dengan saya, saya bertanya kenapa? Dia diam..kemudian dia bertanya kepada saya, "Lin, kalau semalam Lin jahil dan nak berubah betul2 jadi baik, apa yang Lin rasa bila ada orang permainkan niat Lin tu?" Saya tergamam...


Sepanjang jalan balik ke kolej, dia bercerita apa yang telah berlaku..saya hanya terdiam..tak tahu apa yang boleh diungkapkan melainkan hanya kata BERSABAR pada kawan saya tu.... Kebetulan saya kenal dengan salah seorang pimpinan Helwani PMIUPM, lalu saya bertemu dengannya dan bercerita apa yang telah berlaku... Muka dia terus berubah dan beliau segera meminta maaf bagi pihak muslimat di kedai tersebut... Tak lama kemudian, kawan saya telah menerima senaskhah Al-Mathurat dari pimpinan Helwani tersebut...mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal buat seorang muslimat yang baik hati menghadiahkan rakan saya dengan Al-Mathurat tersebut...


Berbalik kepada cerita di dalam komuter tadi, sebaik sahaja komuter berhenti di landasan KL Sentral, tuan punya telefon bimbit tadi terus bangun dari tempat duduknya dan melintas di tepi kumpulan gadis bertudung labuh tadi... Tiba-tiba dia berkata "Walaupun saya tak pakai tudung labuh dan purdah macam kamu ni, tapi saya tak mengumpat dan mengata pada orang! Sia2 saja berpuasa, tapi pahala melayang! Suka hati orang la nak pakai ringtone ape pun!" Wah, sekali lagi saya tersentap! Tersentap dengan kata2 dan keberanian tuan punya telefon bimbit tu!


Saya dapat lihat air muka kumpulan gadis bertudung labuh tersebut berubah..ada yang berkerut dahinya apabila dihambur dengan kata2 pedas oleh seorang gadis berbaju kurung dan bertudung bawal biasa saja...Ya Allah, apakah petunjuk yang mahu engkau berikan ini? Wanita muda yang duduk disebelah saya cuma merenung kumpulan gadis bertudung labuh tersebut dengan pandangan kosong....


Sebaik sahaja pintu komuter terbuka, tuan punya telefon bimbit terus berlalu di celahan orang ramai..saya pun turut keluar dari gerabak untuk meneruskan perjalanan ke Setiawangsa menaiki Putra LRT...Dalam kepayahan berasak-asak dengan penumpang lain di KL Sentral, fikiran saya menerawang jauh dengan persoalan tudung ini....


Ya Allah, Ya Rabb...

Ikhlaskan hati hambaMu ini dalam bertudung..sesungguhnya, kejahilan kami ini berada dimana2...oleh itu Ya Allah, terangkan hati kami untuk menilai setiap perkara agar kami sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu pekerjaan... Amin..


Sahabat2 sekalian, renung2kan dan selamat beramal...


...dan bunga-bunga itu mula mengering...


Assalamualaikum wbt....

Sangat lama aku tak menulis di ruangan blog ini...terasa berat sekali untuk menulis.... Banyak betul peristiwa yang menguji diri... Juga tanggungjawab aku sebagai pelajar Sarjana kini, lagi membataskan waktu untuk aku rajin menulis di blog ini...setiap hari, ada sahaja bahan bacaan yang perlu dibaca sebelum masuk ke kelas supaya fikiran aku tidak kosong begitu sahaja..dan bahan bacaan utama aku kini sudah semestinya jurnal-jurnal pendidikan berkaitan dengan kaunseling dan kesihatan mental dari American Counseling Association (ACA)...

Kali terakhir aku menulis adalah pada 12 Jun lepas..kemudian, aku menyepikan diri... Hari ni dah masuk 17 Oktober 2010...satu tarikh yang mengingatkan aku pada satu cerita Latin yang cukup popular zaman aku sekolah dulu. Tajuknya, Cuando Seas Mia atau dalam bahasa Melayunya, "Bilakah Aku Akan Memilikimu"...lakonan mantap Sylvia Navarro dan Sergio Basanez...kenapa dengan 17 Oktober? Hmm...sebab tarikh 17 Oktober tu la menjadi jalan cerita menarik antara Paloma dan Diego, untuk mereka bertemu semula di ladang kopi Halapa setelah setahun berpisah... Sungguh menarik, tragis, sedih dan macam-macam lagi....

Kalau Paloma berpisah dengan Diego selama setahun, kisah aku pula dengan Fairuz adalah selama dua tahun.... Ya, dua tahun aku tak berjumpa dia sejak tahun 2008 dulu...akhirnya, dia muncul kembali setelah dua tahun berpisah dan lebih manis aku bertemu dengan dia di hari konvokesyenku 9 Oktober lepas....semuanya macam kisah lagu Tragedi Oktober nyanyian Awie plak...huhu....

Walau apapun, aku bersyukur sangat pada Allah SWT kerana telah mempertemukan semula aku dengan Fairuz..mudah-mudahan, pertemuan kali ini banyak memberi erti buat kami berdua dalam menguruskan hal kehidupan dan perancangan masa depan...InsyaAllah...

Di saat aku menulis ini, sudah dua hari aku demam...dah lama aku tak diuji olah Allah SWT dengan keadaan demam ni....mungkin inilah masa untuk aku muhasabah diri dan bertenang serta berehat dalam bilik asrama ni aje... Kadang-kadang aku merenung semua hadiah pemberian keluarga, anak murid dan rakan-rakan sewaktu konvokesyen lepas...kebanyakan bunga-bunga hidup yang sudah mengering.... Terima kasih kepada semua yang telah memberi hadiah kepadaku.... Aku sangat-sangat hargainya... Terima kasih jua buat anak muridku, Shamil Ashraf dan Assif Shahman yang telah bersusah payah datang dari Shah Alam awal pagi konvokesyenku untuk mengabadikan gambar-gambar kenangan aku di hari konvokesyen lepas....

Ya Allah, di saat ini aku memohon kepadaMu untuk memberikan kekuatan kepada diriku supaya dapat melaksanakan amanahku yang masih berbaki sebagai seorang pelajar untuk tempoh beberapa minggu lagi...Amin Ya Rabb 'alamin...