Sunday, October 17, 2010

Tudung dan Tarbiyah Kita...


Assalamualaikum wbt....


Syukur pada Allah SWT..dalam keadaan saya kurang sihat ni, Allah kurniakan ilham untuk menulis sesuatu (hikmah untuk duduk kat bilik dan diisi dengan sesuatu aktiviti)...


Bila banyak termenung dan refleksi semula perjalanan-perjalanan saya sepanjang semester ni, saya telah menggunakan pelbagai kenderaan sama ada kenderaan sendiri atau pengangkutan awam untuk bergerak ke tempat-tempat lebih jauh...


Satu peristiwa yang saya takkan lupakan adalah semasa saya dalam komuter menuju ke KL Sentral..waktu tu, ramai pelajar IPT yang sudah bergerak pulang ke kampung untuk berhari raya (mengikut pengamatan saya dengan melihat mereka membawa beg besar atau luggage bersama). Semasa saya mengambil tempat di dalam komuter, saya lihat ada sekumpulan gadis bertudung labuh dan ada yang berpurdah sedang berdiri di satu sudut dalam komuter tersebut. Walhal saya tengok masih ada beberapa tempat kosong yang belum diisi.


Saya tak menghiraukan mereka dan terus duduk disebelah seorang wanita muda. Wajahnya manis, berjubah dan bertudung hitam lengkap persis wanita Arab. Sepanjang saya duduk disebelahnya, mulutnya asyik kumat-kamit...rupa2nya dia sedang berzikir dengan tangan kanannya sedang membilang butiran tasbih kayu, tetapi tangan kanan yang sedang memegang tasbih itu cuba disembunyikan disebalik jubahnya...manakala seorang muslimat di hadapan saya sedang tekun membaca Al-Quran...terasa begitu aman di dalam komuter tersebut..terasa ruh Ramadhan begitu kuat....Alhamdulillah...


Dalam kedamaian saya menikmati alunan zikir wanita muda itu, gerabak tengah (Ladies Coach) itu dikejutkan dengan deringan telefon bimbit seorang penumpang. Alunan muzik telefon bimbit tersebut berbunyi lagu raya...ramai yang terpinga-pinga mencari dari mana bunyi tersebut datang...kemudian tuan punya telefon bimbit itu akhirnya menjawab panggilan..ada suara kegembiraan dan gelak tawa kecil dalam perbualan..agaknya tuan punya telefon bimbit tu dah tak sabar nak balik beraya!


Sewaktu tuan telefon bimbit sedang rancak berbual, ada pula suara sumbang yang benar2 mengejutkan saya. Antara ramai2 kumpulan gadis yang bertudung labuh tadi, ada salah sorang dari mereka berkata sambil menjeling ke arah tuan punya telefon bimbit, "Puasa pun tak habis lagi, dah tukar lagu raya..ape la!" Kemudian ada sorang lagi rakannya menyampuk, "Tu la..asyik ingat nak beraya je..puasa tak cukup..kan lebih baik pasang ringtone zikir ke, kan lebih baik". Kata-kata mereka itu disambut dengan gelak tawa kecil rakan-rakan yang lain serta beberapa penumpang yang lain. Oh, saya sungguh tersentap dengan kata-kata mereka tu!


Saya terus mengangkat muka saya dan merenung tajam kepada kumpulan gadis bertudung labuh tersebut..setelah diamati, kad pengenalan diri mereka yang tergantung di tudung salah seorang mereka, menunjukkan mereka pelajar UKM.. MasyaAllah, mahasiswa universiti rupanya...saya dapat lihat wanita muda disebelah saya turut melihat kumpulan gadis tersebut sambil menggeleng2 kepalanya perlahan-lahan...dia tak menghiraukan kumpulan gadis tersebut dan terus membilang butir tasbihnya...


Hati saya perlahan-lahan luluh dengan kata2 yang tak disangka2 akan keluar dari gadis2 yang pada pandangan saya, akan membawa imej Islam dengan baik dan zuhud...Ya Allah....terus saya teringat satu peristiwa yang telah menimpa seorang kawan sekuliah yang ingin membeli naskhah Al-Mathurat di sebuah kedai yang diuruskan oleh Persatuan Mahasiswa Islam UPM di Sri Serdang. Sewaktu ingin membeli nashkah tersebut, salah sorang muslimat yang bertugas di kedai tersebut berkata pada kawan saya, "Kak, sekarang ni orang dah tak beli Al-Mathurat, orang hafal". Kawan saya yang mendengar kata muslimat tersebut terus membatalkan niatnya untuk membeli naskhah tersebut. Dia terus berlalu dan mendapatkan saya yang sedang membeli barang di sekitar kawasan tersebut. Matanya bergenang.... Apabila bertemu dengan saya, saya bertanya kenapa? Dia diam..kemudian dia bertanya kepada saya, "Lin, kalau semalam Lin jahil dan nak berubah betul2 jadi baik, apa yang Lin rasa bila ada orang permainkan niat Lin tu?" Saya tergamam...


Sepanjang jalan balik ke kolej, dia bercerita apa yang telah berlaku..saya hanya terdiam..tak tahu apa yang boleh diungkapkan melainkan hanya kata BERSABAR pada kawan saya tu.... Kebetulan saya kenal dengan salah seorang pimpinan Helwani PMIUPM, lalu saya bertemu dengannya dan bercerita apa yang telah berlaku... Muka dia terus berubah dan beliau segera meminta maaf bagi pihak muslimat di kedai tersebut... Tak lama kemudian, kawan saya telah menerima senaskhah Al-Mathurat dari pimpinan Helwani tersebut...mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal buat seorang muslimat yang baik hati menghadiahkan rakan saya dengan Al-Mathurat tersebut...


Berbalik kepada cerita di dalam komuter tadi, sebaik sahaja komuter berhenti di landasan KL Sentral, tuan punya telefon bimbit tadi terus bangun dari tempat duduknya dan melintas di tepi kumpulan gadis bertudung labuh tadi... Tiba-tiba dia berkata "Walaupun saya tak pakai tudung labuh dan purdah macam kamu ni, tapi saya tak mengumpat dan mengata pada orang! Sia2 saja berpuasa, tapi pahala melayang! Suka hati orang la nak pakai ringtone ape pun!" Wah, sekali lagi saya tersentap! Tersentap dengan kata2 dan keberanian tuan punya telefon bimbit tu!


Saya dapat lihat air muka kumpulan gadis bertudung labuh tersebut berubah..ada yang berkerut dahinya apabila dihambur dengan kata2 pedas oleh seorang gadis berbaju kurung dan bertudung bawal biasa saja...Ya Allah, apakah petunjuk yang mahu engkau berikan ini? Wanita muda yang duduk disebelah saya cuma merenung kumpulan gadis bertudung labuh tersebut dengan pandangan kosong....


Sebaik sahaja pintu komuter terbuka, tuan punya telefon bimbit terus berlalu di celahan orang ramai..saya pun turut keluar dari gerabak untuk meneruskan perjalanan ke Setiawangsa menaiki Putra LRT...Dalam kepayahan berasak-asak dengan penumpang lain di KL Sentral, fikiran saya menerawang jauh dengan persoalan tudung ini....


Ya Allah, Ya Rabb...

Ikhlaskan hati hambaMu ini dalam bertudung..sesungguhnya, kejahilan kami ini berada dimana2...oleh itu Ya Allah, terangkan hati kami untuk menilai setiap perkara agar kami sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu pekerjaan... Amin..


Sahabat2 sekalian, renung2kan dan selamat beramal...


2 comments:

  1. salam lin.. tersentak baca pengalaman lin.. syukran.. semoga ina pun boleh muhasabah..

    ReplyDelete
  2. salam wbt Ina yang dikasihi...

    mudah-mudahan apa yg telah berlaku, sama2 kita jadikan iktibar...

    nawaitu kita, tutur kita dan perbuatan kita mungkin tidak seiring seperti apa yg kita mahukan ia berlaku..tapi kita wajib percaya bahawa setiap yang berlaku itu, ada asbabnya tersendiri.. Allah jua Maha Mengetahui setiap disebalik kejadian yang berlaku, supaya kita menjadi hambaNya yang sentiasa berfikir... Wallahualam... :)

    Sayang Ina kerana Allah...

    ReplyDelete