Tuesday, December 4, 2012

Bersabarkah Kita?


Assalamualaikum wbt.

Semalam, usai solat maghrib, dengan pantas aku mengajak mama ke wad kecemasan Hospital Kemaman.

Kesakitan yang aku tanggung ini makin terasa pelik.

Dan apabila doktor mula lakukan pemeriksaan, berbagai soalan tentang sejarah keluarga yang mungkin ada penyakit hampir serupa dengan apa yang aku alami. 
Aku menjawab, "mungkin tiada"....

Di pengakhirannya, doktor menyuruh aku datang semula pada minggu depan untuk berjumpa doktor pakar.

Hurmmmmmmm......... hanya keluhan panjang yang terzahir semalam...


Dalam fikiran sekarang, nak beralih ke hospital swasta aje untuk segerakan pemeriksaan dan lakukan apa yang boleh sebelum penyakit ini berakar dan melarat...

Bersabarkah aku dengan segala kemungkinan ini?

Ya Allah.... Ya Allah... Ya Allah....


*speechless*


Wednesday, October 31, 2012

Keep The Faith



Ya Allah, aku mencintaiMu.

Ya Allah, aku mencintai RasulMu

Ya Allah, aku mencintai ibu bapaku

Ya Allah, aku mencintai ahli keluargaku

Ya Allah, aku mencintai rakan taulanku

Ya Allah, peliharalah mereka yang kusayangi

Ya Allah, teruslah beri hidayah kepada mereka yang kusayangi..

Kekalkanlah keimananku kepadaMu Ya Allah




Tuesday, October 2, 2012

Blur




Blur..

Kabur..

Kadang-kadang diriku rasa 'lost' bila nak lakukan sesuatu kerja..

Adakah kerana salah satu sunnah itu belum aku sempurnakan dan jalankan?

Bukan aku tidak mahu, tapi belum nampak di mana jalan yang Allah SWT ingin berikan penyelesaian...

Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa...

Mudah-mudahan ada yang terbaik buat diriku....

Jika menangis, biarlah tiada siapa yang tahu...

Rintihanku hanya padaNya...

Thursday, July 5, 2012

Qhitbah

Assalamualaikum wbt....

Dulu, masa aku seronok menonton filem Ketika Cinta Bertasbih, ada perkataan 'qhitbah' ini dituturkan oleh pelakonnya...

Qhitbah, lebih kurang maksudnya, suatu perbuatan 'menanda' atau 'booking'. Qhitbah ke atas seorang wanita. Cubaan untuk masuk meminang untuk dijadikan isteri... mungkin itu yang paling hampir maksudnya...

Alhamdulillah, jika benar, aku pun sudah di qhitbah oleh seorang Muslimin baru-baru ini...

Segalanya masih dalam perancangan...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan jodohku ini...

Hanya kepadaMu tempat aku bergantung dan berharap...



Sunday, June 24, 2012

I'm Moving


Assalamualaikum...

Entah bila kali terakhir aku update blog ni....hmm..



Dah lebih 3 bulan aku berpindah ke KKTM Kemaman.. Kembali ke tanah air sendiri untuk menabur bakti kepada anak watan tempatan, dan umumnya, buat anak Melayu...

Syukur, Alhamdulillah.. kehidupan di sini tenang disamping ahli keluarga semuanya..

Kerja di office? Best... rakan-rakan sekerja yang baru pun best...bilik kaunseling pun aku dah hias cantik-cantik... moga-moga dapat memberi manfaat kepada warga KKTM Kemaman ni....

Bila duduk di sini, kata-kata hikmat untuk diriku makin kerap digunakan.

'Strength is built, not being obtained'

Mudah-mudahan segala pekerjaan yang dilakukan, penuh dengan ketekunan dan bukannya mengharap ia terjadi dengan sendiri. InsyaAllah.




Monday, February 6, 2012

Dah Februari...

Hari ni, cuti ganti sempena sambutan Maulidar Rasul semalam... 

Allahu Rabbi, aku masih tabah duduk di penthouse ni dan siapkan laporan-laporan yang tertunggak lama dari tahun lepas... 

Semalam, teringat satu lagu...puas mencari, tapi akhirnya jumpa... 

Mari, layannzzzz.....


Friday, November 11, 2011

11 November 2011

Assalamualaikum wbt...

Hari ni bertarikh 11.11.11..... Ramai yang duk perkatakan tentang tarikh yang cantik macam hari ni.... jatuh pula pada hari Jumaat yang mulia... Apa ada pada sebuah tarikh yang dikatakan istimewa ni? Bagiku, tiada apa-apa yang istimewa sementelahan ianya tiada dalam dalil mahupun sunnah Rasulullah tentang tarikh yang dianggap istimewa ini...

Cumanya, hari ni ramai dikalangan kita meraikan perkahwinan sempena tarikh ini mungkin sebab mudah diingati atau ianya mengambil berkat hari Jumaat, itu yang lebih utama sebenarnya...

Apa pun yang dikerjakan oleh kita sama ada di hari Jumaat ataupun di hari-hari lain, mudah-mudahan segala amalan kita itu diterima oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dengan amalan yang kita kerjakan....Amin.



By the way, tahniah kepada rakan-rakanku yang telah selamat bernikah pada hari ini dan tahniah juga kepada insan-insan yang telah bergelar sebagai ibu atau bapa dengan menimang cahaya mata baru pada hari ini...


Moga hidup kita terus barakah pada hari- hari yang mendatang....
InsyaAllah... :)

Thursday, October 27, 2011

Ujian Untuk Kentalkan Semangat

Assalamualaikum wbt...

Kali terakhir update kandungan blog, Ramadhan yg lalu...

Terlalu banyak agenda yg direncana, telah terencana dan tak disangka-sangka akan terencana dalam diari kerja aku beberapa bulan selepas Ramadhan lalu...

Terlalu penat, lelah, letih dan kehilangan kata-kata akhirnya dalam memikul dan melaksana segala yang telah direncana....

Namun begitu Ya Allah, aku tetap bersyukur dgn segala ujian yg telah Engkau berikan kepadaku...

Aku berusaha melakukan yg terbaik dalam ketidaksempurnaan diri ini...walaupun terkadang, ada perkara yang mengetuk pintu kesabaran dan amarah syaitan dalam diri...

Terkadang, ada seketika hilang pertimbangan diri...ada kala, keserakahan durjana berhati haiwan, mahu saja aku menamatkan nyawa, jiwa yg telah mencalarkan kemurnian namaku yg telah dikarunia oleh ibu bapa yang penyayang....

Tapi, terjaga sahaja dari ajakan musuh yang nyata, aku sedar yg tiada gunanya menyimpan sesuatu yg bisa merenggut masa depan yg sedang aku cipta...

Harus banyak berSABAR....... Itu kuncinya.... 

Hebatnya hati kita, kerana semua rasa ada terkandung dlm satu jiwa....

Hebatnya diri kita, kerana kita kuat melawan segala rintangan yang ada...

Moga Allah SWT terus memberikan kekuatan untuk berada menghadap segala mehnah dunia....

^_^

Moga Bahagia...

Dah lama tak menulis dlm blog sendiri...

Dah bersarang dgn pelbagai cerita yg tak sempat utk terluahkan di sini...

..dan akhirnya....

Aku baru mendapat berita bahawa seorang muslimin yg pernah meminang aku pada tahun 2009 dulu, akan bernikah esok dgn pasangannya...

Selamat pengantin baru ustaz...
Akhirnya bertemu jua dgn zaujah terbaik buat ustaz...

Moga berbahagia dgn pasangan hingga ke syurga...

Mabruk 'alaih....

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan : Dah Dapat Kereta...

Alhamdulillah, semalam abah dah ambil kereta di stokis Taman Chukai Utama....

Semalam pun dah mandikan kereta dengan air Yasin...

Hari ni, abah kata, dah bawak kereta jenjalan kat bandar...

Hmm..takpe la...biar mile age kereta tu cepat skit bergerak sampai 1000km...baru dapat servis....

Lepas raya, insyaAllah akan bawak kereta ke Batu Pahat ni...

Amin....

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan : Iftar Jami'e

Alhamdulillah....

Majlis Iftar Jami'e baru2 ni dengan student PRS dan MPP berjaya dilaksanakan di penthouse...

Bermula dari pagi persiapan tempat dan memasak sampai petang....

Tahlil, bacaan yasin pun ada sekali sementara nak tunggu waktu berbuka tu...

Bila ramai student yang datang, rasa meriah plak majlis...jiran2 kt kuarters pun ade datang sekali...

Aku pun sempat jugak la potong kek hari lahir yang ditempah khas dari Secret Recipe malam tu...

hehehehe....

Terima kasih kepada semua yang telah jayakan majlis ni....

 Ada masa, kita boleh buat lagi....

:)

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan : Hadiah Ulangtahun





Alhamdulillah...

Semalam dah genap umurku 25 tahun...

Macam rakan sekerja aku cakap, umur jubli Perak...hahahaha....

Tahun ni, aku dapat hadiah ulangtahun paling mahal dalam hidup...

Sebuah doa khatam Al-Quran 30 juzuk dan sebuah kereta baru...

Hehe...yang kereta tu, hadiah untuk diri sendiri tapi dibayar ansuran selama 9 tahun...huhu....

Ape pun, i'm happy to be birthday girl yesterday...thank you ma dan abah....

Friday, August 12, 2011

Ramadhan : Ulangtahun Kelahiran ke - 25













Aku  : Assalamualaikum ma.. (dlm phone, 10.30 am, 12 Ogos 2011)

Ma   : Waalaikumusalam...


Aku  : Ma, hari ni hari lahir saya yg ke 25 tahun..


Ma   : Selamat hari lahir..


Aku  : Ma, terima kasih kerana lahirkan saya, doakan saya selama ini hingga saya berjaya kini..



Ma   : Sama-sama... ma hadiahkan doa khatam 30 juzuk Al-Quran hari ini utk kamu...

Aku  : @_@.... (menangis terharu..) TERIMA KASIH MA KERANA LAHIRKAN SAY
A...

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan : A Smile



Dalam banyak-banyak komen daripada student kolej ni, mereka mengatakan bahawa aku sukar untuk memberikan senyuman kepada mereka...

It's true...

Coz' i don't know how to define my own smile...

Or maybe it's really hard to define a smile for me...

Change?

I don't know...

Can anyone tell me how to define a 'good' smile?

:|

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan : Jangan Buat Leceh...

Baru 20 minit tadi terima panggilan dari agen kereta Peugeot di Kemaman..

Kata Intan, better esok saja aku ke bank CIMB di Batu Pahat utk sign agreement loan tu...

Alasannya, pihak bank di KL ada masalah dgn pihak courier...katanya, pihak courier tak ambil agreement document tu semalam utk diposkan...

Hai...sakitnya hati aku bila dengar alasan macam tu... sepatutnya pihak bank kena kompeten la dalam kerja mereka berkaitan dgn dokumen ni... takde orang yang tolong check kan dokumen dah pos ke belum kat bank tu?

Tak hormat langsung masa pelanggan...dah la aku kena keluar waktu kerja utk ke bank di Batu Pahat tu...

Benda-benda macam ni pun pihak bank boleh buat leceh sedangkan inilah hasil keuntungan mereka yang diperoleh dari pelanggan....

Ya Allah...aku sedang berpuasa ni... kena banyak sabar... 

Astaghfirullah... Astaghfirullah...

Monday, August 8, 2011

Ramadhan : Nekbat...




Hari sabtu lepas, aku ada call mama..cakap pada mama yang aku teringin nak makan nekbat...

Nekbat?

Ia sejenis kuih baulu yang tawar dan bersifat mengembang dalam air panas..

Cara nak masaknya pun senang...

Cuma rebus air dan masukkan gula pasir dan sedikir gula batu... masukkan sekali daun pandan untuk bangkit bau wangi air gula tu nanti...:D

Bila air dah mendidih, masukkan nekbat tadi dalam air gula tersebut...tunggu hingga nekbat kembang...dah siap!

Nekbat ni memang popular time bulan puasa gini...

I'm craving for it sampai mama pos dari kampung... (kat Batu Pahat ni, mana nak cari nekbat ni...only in Terengganu you can find it..hehe...:D )

Thanks mama dan abah...

Hari ni dapat buka puasa dengan juadah manis seperti nekbat ni... 

Alhamdulillah... :)

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan : Jatuh Cinta

6 Ramadhan...

Ya Allah..adakah Engkau sedang menguji perasaan hambaMu ini dengan rasa cinta pada seorang bernama lelaki... Dalam Ramdhan ini, perasaan itu muncul...adakah benar semua ini Ya Allah??

Berilah petunjukMu Ya Allah...


Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan : Tadarus



Alhamdulillah...Ramadhan menjelma kembali...

Hari ni dah 3 Ramadhan...

Sewaktu bersembang dgn mama baru-baru ni kampung, aku menyatakan niat utk khatam Quran lagi pada Ramadhan kali ini...

Alhamdulillah, mama pun akan cuba khatam sekali dgn aku...

So, target setiap hari, mesti baca 1- 1 1/2 juz sehari... 

Selain itu, tertib dan hukum bacaan pun perlu jaga supaya maksud dalam Al-Quran itu betul...

Yang penting, buat ibadah ni ape pun kena ikhlaskan niat supaya diterima Allah SWT segala amalan kita...

Berusaha di alam realiti untuk mencari redha Allah...

InsyaAllah... :)

Wednesday, July 27, 2011

ALLAH Menguji....



Hari ni, banyak masa aku dihabiskan di bantal...

Terbaring lesu akibat sakit kepala semalam...dan hari ni dah demam....

Semalam, aku dah ke klinik selepas pengsan di pejabat...

Doktor cakap, aku kurang rehat dan kurang tidur...

Memang benar..minggu lepas, aku kerja non stop 7 hari ditambah dengan aktiviti malam bersama pelajar menjawab inventori dan kaji selidik oleh pihak MPP kolej...

Padahnya, minggu ni aku dapat rasakan kesannya...exhausted teramat sangat...

Walaupun hari ni dah takde MC, tapi aku rasakan tak bermaya aje...

Muka dah naik sembab, kepala pun asyik pening aje...tidur 2 jam sekali lepas makan ubat... itu yang jadi sangat sleepy tu...

Mudah-mudahan keadaan ini menjadi kaffarah dosa aku yang dulu... Allah sedang menguji dan aku kena bersabar... Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya, melainkan hambaNya mampu memikul ujian tersebut...

InsyaAllah..akan sembuh tak lama lagi...

Saturday, July 23, 2011

Kerja..ooo... Lala...








Kerja di hari minggu kali ni....

Aktiviti bersama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Batu Pahat...

Mudah-mudahan para peserta akan dapat manfaat ilmu dari program ni...